Saturday, February 25, 2012

Ayam percik sihat

BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (dipotong 2, direbus bersama 1/2 cwn air + 1 sdk halia kisar + 1 sdk bwg putih kisar + sedikit garam. Rebus hingga air kering)
1 sdk bawang putih kisar
1 sdb bawang merah kisar
1 sdk halia kisar 
2 biji cili merah (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1/2 sdk serbuk kunyit
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn air
1 sdb tepung beras
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Tumiskan bahan yang dikisar bersama sedikit minyak hingga wangi.
Masukkan susu, air, asam keping, serbuk kunyit dan juga bahan perasa. 
Masak hingga mendidih.
Kemudian larutkan tepung beras bersama sedikit air. Tambahkan juga hirisan daun limau purut dan masak lagi hingga kuah agak pekat. Bolehlah dimatikan api.
Sementara itu, panggang ayam di atas kuali pemanggang sambil dipercikkan dengan kuah.
Hidang lebihan kuah bersama ayam percik.
Sedia dihidangkan bersama nasi atau roti.

Ayam masak kicap lada hitam

BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk sederhana ayam yang telah dipotong kecil
1 sdb bawang merah kisar
1 sdb bawang putih kisar
1 sdb halia kisar
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
1/2 sdb lada hitam (ditumbuk pecah-pecah)
sedikit sos tiram, kicap manis dan kicap pekat
sedikit air jika perlu
sedikit suun (direndam sebentar)
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing.
Masukkan rempah tumis, ayam dan lada hitam. Masak lagi hingga ayam kecut.
Tambahkan bahan perasa dan air jika mahu sedikit berkuah. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan bahan yang dihiris dan juga suun. Rasa garam dan gulanya.
Hanya masukkan garam jika perlu kerana kicap dan sos tiram sudah masin.
Kacau sebentar dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Kembung rebus sambal belacan

BAHAN-BAHAN :
3 ekor ikan kembung (direbus kosong, buang tulang)
jus limau kasturi secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
DITUMBUK :
3 biji cili merah
sedikit cili api (mengikut pedas yang diingini)
belacan bakar sebesar ibu jari
CARA-CARA :
Tumbuk bahan-bahan untuk sambal . Masukkan garam dan juga gula. 
Gaulkan sambal yang telah ditumbuk bersama isi ikan dan sebelum menghidang perahkan jus limau kasturi.
Enak dihidangkan segera bersama nasi panas...

Tuesday, February 14, 2012

Hati ayam masak madu

BAHAN-BAHAN :

  • 9 ketul hati ayam (disapu garam kunyit & digoreng)
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • 1 sdb bawang putih kisar
  • 1 sdb halia kisar
  • 1 sdb cili kisar
  • 1 sdb madu
  • 5 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan hati ayam, kacang panjang, cili hiris dan juga madu. Kacau sebati.
  • Tambahkan garam secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.


Sunday, February 12, 2012

Makaroni sup tulang

BAHAN-BAHAN :

  • Makaroni secukupnya (direbus bersama sedikit garam dan ditoskan)
  • 600 gm tulang lembu bercampur daging (direbus sehingga empuk, simpan air rebusan dan ceraikan daging dari tulang)
  • 2 bungkus sup bunjut (1 biasa, 1 tulang)
  • 1 sdb halia kisar
  • 1 sdb bawang putih kisar
  • 1/2 sdb bawang merah kisar
  • 1 batang karot (didadu)
  • 1 mangkuk sederhana bunga kobis
  • sedikit serbuk pati ayam
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • daun sup dan daun bawang
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
  • Tuangkan bahan kisar yang telah ditumis bersama minyaknya sekali ke dalam periuk yang berisi air rebusan. Masukkan juga sup bunjut. Masak hingga sebati.
  • Tambahkan karot dan bunga kobis. Masukkan juga bahan perasa. 
  • Sedia dihidangkan bersama makaroni dan daging yang telah diketepikan tadi. Sedap dihidangkan bersama serbuk cili kering berperisa.

Friday, February 10, 2012

Masak lemak ayam dan nangka muda

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 3 keping nangka muda (dihiris dan rebus empuk)
  • secukupnya santan dari 2 biji kelapa
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • 1/2 sdb bawang putih kisar
  • 10 biji cili api + 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :



  • Masukkan santan cair bersama ayam, serai dan bahan kisar ke dalam periuk. Biarkan sehingga ayam empuk dan sebati dengan kuah.
  • Masukkan asam gelugur, nangka yang telah ditos, pati santan, garam dan juga gula secukup rasa.
  • Kacau perlahan dengan api yang sederhana. Setelah mendidih bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.

Thursday, February 9, 2012

Asam tumis ikan tenggiri

BAHAN-BAHAN :

  • 3 keping ikan tenggiri
  • 15 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
  • 1 cm kunyit (kisar)
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • 1/2 sdb bawang putih kisar
  • 1 cm belacan (kisar)
  • 3 batang serai (titik)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 7 batang bendi
  • sedikit daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan (jika ada, dibelah 2)
  • air asam jawa secukupnya
  • 2 cawan air
  • 1 sdk serbuk pati ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  • Masukkan serai dan kacau lagi selama 5 minit.
  • Masukkan air asam jawa dan air kemudian kacau perlahan-lahan.
  • Bila mendidih, masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, bendi, tomato, garam dan juga serbuk pati ikan bilis.
  • Biarkan mendidih sekali lagi dan angkat.

Ayam mak inang

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ketul ayam (dari seekor ayam yg dipotong 4, disapu garam dan goreng 1/2 masak)
  • 3 sdb bawang merah kisar
  • 1 sdb bawang putih kisar
  • 15 biji cili hijau (dikisar) 
  • 1 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 3 sdb kerisek
  • 1 tin susu cair + 1 tin air
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan susu cair, air dan juga kerisek. Masak dengan api sederhana hingga menggelegak.
  • Setelah kuah agak pekat, masukkan ayam yang telah digoreng, garam dan juga gula secukup rasa.
  • Masak hingga agak pekat dan kuah keluar minyak.
  • Sedia dihidangkan.

Sup sayur campur

BAHAN-BAHAN :

  • 1 batang karot (dihiris serong)
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis (direndam air garam sebentar, toskan)
  • 1 mangkuk kecil brokoli (direndam air garam sebentar, toskan)
  • 1 paket putik jagung
  • 1 mangkuk kecil isi udang
  • 1 sdk bawang putih kisar
  • 1 sdb halia kisar
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdk minyak bijan
  • 1 sdb kicap manis
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 cawan air + 1 sdb tepung jagung
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi.
  • Masukkan karot, putik jagung dan juga air. (Tinggalkan sedikit untuk membancuh tepung jagung).
  • Setelah karot agak lembut, tambahkan isi udang, sos tiram, kicap, lada sulah dan juga brokoli dan kobis bunga.
  • Biarkan mendidih sebentar dan terus masukkan bancuhan tepung jagung dan garam.
  • Tambahkan minyak bijan dan hidangkan segera.
  • Jika suka anda juga boleh memasukkan hirisan daun bawang sebelum menghidang.

Kerabu asam

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji mangga mengkal (dipotong jejari)
  • 7 biji cili kering (dibuang biji, rebus dan kisar)
  • 1 genggam ikan bilis (digoreng garing dan dikisar)
  • 3 cm belacan bakar (dikisar)
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :

  • Gaul semua bahan bersama mangga dan simpan di dalam peti ais sebentar.
  • Sedia dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.


Puding koko

BAHAN-BAHAN :

  • 25 gm agar-agar (direndam sehingga lembut)
  • 900 ml air
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 senduk gula pasir (guna senduk gulai @ secukup manis)
  • 2 sdb serbuk koko
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
CARA-CARA :
  • Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga hancur. 
  • Bancuh serbuk koko bersama sedikit air suam dan masukkan kedalam periuk bersama susu cair dan juga daun pandan. Kacau sebentar.
  • Masukkan  agar-agar ke dalam acuan pilihan. Sejukkan di dalm peti ais.
  • Sedia dihidangkan.

Sambal tumis kering ikan bilis

BAHAN-BAHAN :

  • 2 genggam ikan bilis (digoreng garing dan diketepikan)
  • 4 papan petai (dibelah 2)
  • 20 biji cili kering (direbus dan dikisar)
  • 3 sdb bawang merah kisar
  • sebesar ibu jari belacan
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan cili kering sehingga garing. Masukkan gula, sedikit garam dan juga belacan.
  • Tambahkan air asam jawa dan masak sehingga sambal agak kering.
  • Kemudian masukkan petai dan bolehlah dimatikan api.
  • Setelah sambal agak sejuk gaulkan ikan bilis. Sedia dihidangkan.

Masak lemak putih pucuk ubi

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk sederhana pucuk ubi yang telah dicelur
  • 1 kilo santan
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • 1 genggam ikan bilis
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 biji cili merah (hiris kasar)
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :

  • Jerang santan bersama bahan-bahan lain di atas api yang sederhana sehingga mendidih.
  • Masukkan pucuk ubi celur dan masak lagi. Tambahkan bahan perasa secukupnya.
  • Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin.

Tuesday, January 17, 2012

DAGING GORENG CENDAWAN

BAHAN-BAHAN :

  • 300 gm daging batang pinang
  • 1 paket cendawan shimeji
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • 4 ulas bawang putih (diracik halus)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 pokok daun bawang (dipotong panjang)
  • kicap manis secukup rasa
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang kisar dan bawang putih hingga wangi. 
  • Masukkan daging, air asam dan juga kicap manis. Tambahkan sedikit air jika perlu. Masak hingga daging agak lembut.
  • Kemudian tambahkan cendawan, bawang dan juga cili yang telah dihiris. Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan juga sedikit gula. Sebelum diangkat taburkan hirisan daun bawang.
  • Sedia dihidangkan.

Sunday, January 15, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH NASYA


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
1/2 sdb maltosa (xada pun xapa..saja je letak)
garam dan sedikit serbuk perasa
minyak untuk menggoreng terendam

DIKISAR HALUS :
1 sdb ketumbar biji
1/3 sdb jintan manis kasar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 inci kunyit hidup
3 tangkai cili kering
1 hiris nipis lengkuas

CARA-CARA :
Perap ayam sekurang-kurangnya 1/2 jam. Lebih lama lebih bagus.

goreng ayam dalam minyak yang terendam sehingga garing.

Sedia dimakan panas-panas.

GULAI UDANG DAN PERIA


BAHAN-BAHAN :
12 ekor udang bersaiz besar (dibersihkan dan dibuang urat tengah)
1 biji peria (dipotong kecil, direndam air garam dan ditoskan)
5 batang serai (diketuk)
1 sdt serbuk kunyit
1 kg santan + 1 kotak santan kara
1 keping asam gelugur
2 biji cili merah (dibelah 2)
garam secukupnya

DIKISAR :
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
sehiris lengkuas
2 biji cili merah


CARA-CARA :
Masukkan santan, serai, bahan kisar dan juga serbuk kunyit ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana sehingga

mendidih. Kacau selalu.

Tambahkan udang, peria dan juga asam gelugur.

masak lagi hingga udang bercantum dan peria lembut. Tambahkan cili merah dan garam secukup rasa.

bolehlah diangkat dan 

dihidangkan.

IBLIS MEMBERITAHU TEMPAT PERSEMBUNYIAN NABI ZAKARIA

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali, apabila Nabi Zakaria as dikejar oleh orang-orang yahudi, maka sampailah Nabi Zakaria dekat sebatang pokok,

Friday, January 13, 2012

BUBUR GANDUM

BAHAN-BAHAN :
1 paket kecil biji gandum @ terigu (direndam sebentar dan direbus hingga kembang)
2 sdb caca
1 kotak santan kara 
3 kotak air atau secukupnya 
gula melaka dan gula putih secukupnya
sedikit garam
3 helai daun pandan (disimpul)
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak hingga sebati.
Kacau selalu dan bolehlah diangkat dan dicicah bersama roti benggali. 

AYAM PINDANG KICAP


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
air asam jawa secukupnya
kicap manis kipas udang
3 helai daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis 
air secukupnya untuk kuah

DIKISAR :
2 ulas bawang putih
1 biji sederhana bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji cili merah

CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam periuk, tumiskan bahan yang telah dikisar hingga wangi.

masukkan serai yang telah diketuk dan masak lagi hingga pecah minyak.

masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan sedikit garam pada langkah ini.

Masak hingga ayam kecut.

Setelah itu, tambahkan air asam, air dan juga kicap manis secukupnya. Didihkan lagi hingga ayam empuk.

Sebelum diangkat masukkan daun limau yang telah dicarik-carik. Rasa asam garamnya. Jika perlu boleh tambahkan sedikit garam dan juga gula.

Tutupkan api dan sedia

diangkat dan 

dihidangkan  bersama

nasi panas, ikan gelama jeruk dan tak lupa sambal belacan......