Anak-anakku

Loading...

Saturday, February 26, 2011

singgang ikan kembung


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 2 ekor ikan kembung (dibersihkan dan dipotong 2)
  • 2 cawan air
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 keping asam gelugur
  • beberapa biji cili api
  • 3 hiris lengkuas 
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali cili api.Didihkan di atas api sehingga ikan masak.Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa jika suka.
    2. Sewaktu menghidang tenyehkan cili api dihujung mangkuk untuk rasa yang lebih pedas.

sambal sotong kembang


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 mangkuk kecil sotong kembang (dipotong kecil dan direbus sehingga lembut)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 cm belacan (dikisar)
  • 20 tangkai cili kering (dibuang biji dan direbus)
  • sedikit air asam jawa
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis  
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan gula, sotong dan bawang hiris.Kacau sekali sekala.
    2. Apabila kuah agak pekat masukkan air asam dan sedikit garam.
    3. Rasa masam manisnya dan bolehlah diangkat.