Anak-anakku

Loading...

Tuesday, February 16, 2016

Kerutuk Ayam Kelantan

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
3 tangkai cili hijau (belah 2)
1 paket rempah kerutuk Kelantan
2 tbsp kerisek kelapa
1/2 kotak santan KARA
2 kotak air
1 labu bawang besar (belah 4)
1 labu bawang besar +2 ulas bawang putih (kisar)
1 tsp kunyit kisar
1 tbsp halia kisar
2 tbsp cili kisar
1 tsp lengkuas kisar
2 batang serai (ketuk)
2 asam keping
gula melaka dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

REMPAH TUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
5 kuntum bunga lawang


CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis rempah tumis sehingga meletup-letup.
Masukkan bahan kisar dan serai tumis hingga garing.
Masukkan pula rempah kerutuk yang telah digaul bersama sedikit air.
Masak hingga rempah terbit minyak.
Masukkan ayam dan masak lagi sehingga ayam kecut.
Kemudian masukkan pula santan, asam keping dan juga air. 
Setelah mendidih tambahkan kerisek kelapa, gula melaka dan juga garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan bawang dan cili besar.
Masak sehingga bawang layu dan kuah sedikit pekat.
Enak dihidangkan bersama nasi panas @ dicicah bersama pulut kuning.

Siakap sos pedas

 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap (sapu garam kunyit, goreng terendam)
sos tiram secukupnya
sos cili secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis

DIKISAR :
5 batang serai (hiris)
1 biji tomato masak
1/2 labu bawang besar
10 tangkai cili api @ lebih

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar hingga wangi dan naik bau.
Masukkan sos-sos dan juga air.
Perasakan.
Setelah kuah agak pekat, masukkan ikan yang telah digoreng.
Gaul rata.
Sedia dihidangkan.

Nasi goreng hitam manis

BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
2 pokok daun bawang (hiris 2cm)
2 biji telur
kicap manis 
garam
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
segenggam ikan bilis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 tangkai cili merah
1 inci belacan

CARA-CARA ;
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
Pecahkan telur dan kacau hingga berketul.
Masukkan nasi, daun bawang, garam dan kicap manis secukup rasa.
Gaul sebentar dan sedia dihidangkan.