Tuesday, July 25, 2017

Asam rebus kulit tembikai

 Assalamualaikum buat sahabat2 yang saya kasihi sekalian. Lama betul x update dapur saya. Hari ni adalah hari ke 13 kemoterapi saya untuk 1st cycle. Rasa bertenaga sedikit berbanding minggu lepas. Alhamdulillah. Sekiranya saya menyepi ...itu bermakna saya sedang berperang dengan REJIM KEMOTERAPI yang adakalanya mencabar kesabaran saya. Saya minta maaf banyak2...hari ni rambut saya mula gugur seperti dedaun kering yang dihembus bayu..tapi itu tidak penting, yang paling utama saya masih gembira dan positif. Mohon sahabat doakan saya agar sembuh sepenuhnya...Aminn...

 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk sederhana kulit ari tembikai
1 labu kecil bawang besar (kisar)
belacan sebesar jari kelingking (kisar)
2 hiris nipis kunyit (kisar)
1 Tbsp cili kisar
1 batang serai (ketuk)
segenggam ikan bilis
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
sedikit daun kesum
2 keping asam gelugur
3/4 blender air
garam laut @ garam bukit

CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan dengan api perlahan sehingga kulit tembikai lembut.
Perasakan dengan  garam secukup rasa.
Enak dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.