Anak-anakku

Loading...

Saturday, January 29, 2011

kerang sihitam manis


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
    500 gm kerang (dibersihkan)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 cm halia(hiris halus)
  • 5 ulas bawang merah(hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 4 sdb kicap pekat
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 tangkai cili hidup (potong serong)
  • 1/2 sdb minyak
  • garam & gula secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan  minyak dalam kuali,tumis serai,halia,bawang merah &bawang putih hingga wangi.
    2. Masukkan kerang,kicap pekat,sos tiram dan perasa.
    3. Kacau rata.Biarkan hingga kerang masak barulah dimasukkan bawang dan cili hiris.
    4. Kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan.

spageti carbonara ala naSya


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
    500 gm spagetti (direbus bersama sedikit minyak &garam)
    2 batang sosej (dihiris nipis)  
  • 1 botol sos carbonara dolmio
  • 2 keping keju (dihiris-hiris)
  • 1/2 cwn air
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali,goreng sosej sehingga garing. masukkan sos carbonara,keju dan air.Kacau rata dan masak sehingga mendidih.Masukkan spagetti dan sedia untuk dinikmati..hmmmm senangkan..resipi orang tak berapa nak rajin...