Anak-anakku

Loading...

Thursday, April 7, 2011

sambal taon tempoyak

SUMBER : MAJALAH RASA


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 200 gm ikan bilis (nasya guna 150 gm)
  • 20 tangkai cili api
  • 3 sdb tempoyak (nasya letak bumbung)
  • garam secukup rasa (nasya x letak)
  • minyak untuk menggoreng dan menumis
  • CARA MEMASAK :-)
      1. Tumbuk halus cili api. Asingkan.
      2. Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
      3. Panaskan minyak lebihan ikan bilis tadi dan tumis cili yang ditumbuk halus tadi sehingga kekuningan atau garing.
      4. Setelah itu, masukkan tempoyak. Gaul lagi hingga garing.
      5. Bolehlah ditutup apinya. Setelah sambal agak sejuk bolehlah gaulkan ikan bilis. (ini perlu untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis tadi)
      6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan ulam-ulaman.   

sotong masak hitam


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gm sotong ( hiris xputus,jgn buang dakwat)
  • minyak untuk menumis
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 biji cili merah (hiris)
  • segenggam kacang panjang (dipotong-potong)
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1 sdb sos tiram
  • 2 sdb kicap manis ABC
  • garam secukup rasa 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1.  Panaskan minyak, tumis bawang hingga wangi dan terbit aroma.Masukkan sotong, serbuk kunyit, bahan perasa dan masak sehingga air sotong sedikit kering.
    2. Masukkan kacang panjang dan cili merah. Apabila mesra bolehlah diangkat dan dihidangkan.