BAHAN-BAHAN :
900g daging lembu (hiris nipis)
1kg santan segar
2 batang serai (ketuk)
gula/garam
1 asam keping
2 helai daun limau purut (jika suka)
DIKISAR :
1 genggam @ lebih cili kering (rebus)
70g halia
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali daun limau purut dan perasa.
Rendangkan sehingga separuh kering.
Tambahkan bahan perasa dan daun limau purut yang telah dicarik-carik.
Sebatikan dan sedia dihidangkan.
***Rendang ini enak dinikmati bersama ketupat jagung Kedah @ nasi lemak***