Monday, June 3, 2013

6 DOSA YANG TIDAK DIAMPUNKAN

6 DOSA YANG TAK DI AMPUNKAN WALAUPUN DAH BERTAUBAT


1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.


sumber  :beautyofislams.blogspot

Tq darling....

 Tanggal 31 Mei hari tu genaplah 11 tahun makcik melayari hidup bersama suami tersayang. Tak sangka sekejap je dah sebelas tahun......makcik xde laa kasi apa2 kat en.asben....tapi en asben ada la tanya makcik nak hp ke. Orang dah tanya kita jawab nakk laa walaupun makcik bukannya reti guna smart phone nih. Sekarang ni makcik dok berkepit je laa dengan benda alah nie, anak2 nak pegang pun makcik xkasi. Takut jatuh sayanggg uu. Harap2 laa suatu hari nanti makcik tau memanfaatkan benda nie hu...hu...siot tul laaa....


Makaroni goreng

 
 

 BAHAN-BAHAN :
250 g makaroni (direbus bersama sedikit garam & toskan)
300 g udang
5 ulas bawang putih + 1/2 biji bawang besar (cincang)
1/2 paket bebola ikan
1 batang lobak merah (julienne)
2 biji tomato (potong baji)
2 pokok daun bawang (potong panjang)
2 biji telur
2 tbsp sos cili kimball
2 tbsp sos tiram nona
kicap manis kipas udang secukup rasa
sedikit kicap cair
garam jika perlu
minyak untuk menumis

CARA :

 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang hingga garing

 Masukkan lobak merah, udang dan juga bebola ikan. Gaul rata.

 Kemudian tambahkan sos cili dan juga sos tiram

 kacau sebati

 pecahkan telur dan tunggu hingga telur mengental

 baru dimasukkan makaroni. Gaul lagi.

 Tambahkan kicap manis, kicap cair dan rasa dahulu sebelum memasukkan garam

 Masukkan daun bawang dan tomato. Setelah 

 agak layu, bolehlah

diangkat dan dihidangkan bersama cili potong dan hirisan limau.

Makaroni makarenaa...

 Dapat makan makaroni goreng jarang2 best jugak....alaaa goreng biasa je. Makan ngan cili potong, perah limau sikit. Apam tu pulak beli yang frozen je...malas bebenor rasanya semenjak 2menjak nie....ntah kenape???
Apam ni sedap...kalau nganga mulut besor2 cam makcik nie, sebijik tu sekali suap jerr...
kalau nak resepi boleh check kat sini