Saturday, March 16, 2013

Selamat Hari Lahir Anak-anakku sayang....


 Tanggal 14 Mac 2012 lahirlah seorang  boboi boy di OT hospital Putrajaya
 14 Mac 2013, genaplah setahun usia budak comot yang notty itu...dah ada 3 batang gigi. 2 gigi bawah dan 1 gigi kapak untuk geeget ibu. Cepat2 besar ya wahai Imam muda Wabil Izz Nizar semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Aminn.
cuba tengok betul2  muka fotostat ngan orang yang kat bawah kan
 yang ni gambar Nabil  masa umur 3 tahun. Happy birthday tembam 15 Mac 2013 genap 10 tahun. Nanti kita sambut sama2 ngan adik ya. Ibu budget tahun ni...hu...hu...
 Ini pulak kisah pilu tahun lepas, semua buat muka selebet sbb xdapat sambut harijadi Nabil (makcik kat hospital lagi belum discharge) Syabil pulak kena chix pox...hospital pulak buat rules baru time tu (kanak2 xdibenarkan masuk walaupun time melawat, kena tinggal kat bawah )
 nak jadik cerita, kan ke byk procedure nak kena settle sblm discaj, bebudak ni pulak dok laa kat bawah sbb dah tatau nak letak kat mana ...tapi bila dah 3 jam(dari kul 12 tghari, kul 3 lebih baru settle) Syabil yang masa tu baru umur 2 tahun pergi kat tempat parking menangis2 kehulu-kehilir lintas jalan sambil cari ayahnya...abangnya pun sama menangis sampai bengkak2 mata (diorang ingat dah kena tinggal sbb dah lama sgt, nak main kat bilik mainan kena buli ngan budak2 besar, sian sungguh). Seb baik laa lps tu ada staff dekat klinik ENT tu ambik depa nie sebab tgk dok merayau2 sambil nangis keliling hospital. Kalau kena kidnap ke..langgar kete ke...camana ye..
 start dari itu hari, memang makcik berkepit je ngan diorang...xsanggup rasanya mengenangkan tragedi tahun lepas. Sebelum tu Nabil dilahirkan di hospital Seremban, Syabil kat KPJ Seremban..jadi xde sebarang masalah
makcik ada gak dengar cerita budak hilang kat hospital Putrajaya, betul ke???memang xpatutkan!!!nyusahkan orang...kalau jadi kat anak2 diorang camno....

Lauk orang kampung....makan tepi sawah sambil tangkap ikan puyu hu...hu...

Variasi lauk2 gaya kampung yang membawa nostalgia. Makan sambil mengendap kerbau makan rumput tepi batas sawah pun best juge nii....

Menu mangkuk tingkat Jumaat, 15 Mac 2013

 masak lemak cili api ayam dan rebung
 ikan kerisi masak masam manis
 bendi goreng ikan bilis
ayam goreng serbuk kari. Ikan masin, ulam dan sambal macam biasa.

Lauk desa aje.....

Sedapnya makan nasik ngan ikan masin dan ulam timun cicah sambal. Ikan masin tuu guna ikan yang dari Tawau yang cam keropok tu bau hapak2 sedap tu hu...hu...telur rebus tu, menumpang je.

Menu mangkuk tingkat Khamis, 14 Mac 2013

 Lauk biasa saja, ada gulai daging
 sup cendawan dan kek ikan
sambal belacan
juga ikan kerisi masak sambal. Ulam timun dan ikan masin pun ada juga.