BAHAN-BAHAN :
2 ketul dada ayam tanpa tulang
1/2 labu bawang besar (sederhana)
1 tsp serbuk paprika
1 tsp sos Lea n Perrins
1/2 tsp italian dry herbs
1 tsp stok ayam
garam/serbuk lada hitam
sedikit minyak untuk menggoreng
CARA-CARA :
Kisar semua bahan di dalam food processor sehingga halus.
Basahkan tangan, ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat @ ikut kreativiti sehingga habis.
Panaskan sedikit minyak @ mentega di dalam kuali leper.
Goreng kutlet sehingga garing tetapi masih berjus.
Enak dihidangkan bersama kentang goreng @ boleh juga dilapiskan ke dalam roti burger.