Anak-anakku

Loading...

Friday, September 30, 2011

Aiii laksa lagi...

Mmmmmm hujan2 nie apa yang sedap..kalu tanya Nasya ..mesti la hirup sesuatu yang berkuah dan panas2...mcm mee celup ke..bihun sup ke....
Kat umah nie kejap2 makan laksa..kejap2 laksa...abih tu nak wat camner dah itu yang peberet orang utara..kita masak je la kan. Jangan marah saja nak kongsi gambau kat sini.
Kami kat umah nie suka makan laksa ni ngan pucuk janggus dan putat. Mmg ada tanam pun....tapi lupa nak boh dlm pinggan..lapau sesangat. Jangan lupa letak otak udang noooo..

Bila tekak meragam....



Bila tekak meragam...payah betul nak cari makanan yang sesuai selera. Makanya...ini ajelah yang dapat memberi kepuasan walaupun simple...sambal sardin ni sebelum diangkat Nasya taruk cili api yang dipotong besar2 dulu..bukan apa saja je nak kunyah biar rangup sikit.
kat umah Nasya ni sentiasa ada stok ikan pekasam. Sebut je ikan apa..lampam..puyu..keli..eeeeii ngalahkan pekan rabu la pulak. Nasya ni tiap kali balik Kedah memang suka sangat shopping ikan pekasam..bukan apa..kat sini payah nak jumpa. Ikan ni sedap kalau kita goreng garing2, pastu goreng sekali ciliapi ngan bawang..jangan lupa perah limau..wow..mabelless.
Ni lak petai jeruk yang mak kasi masa balik Kb hari tu..sedap buat kunyah2..masam2 sikit. Tapi lepas tu jangan lupa cuci jamban ya..

Bening bayam

BAHAN BAHAN :
  • 1 ikat bayam
  • air secukupnya
  • sedikit serbuk pati ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • DITUMBUK :
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sdk lada hitam
CARA-CARA :
  • Panaskan air dan bahan tumbuk hingga mendidih. Masukkan bayam dan bahan perasa, renihkan seketika. Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan juga budu...enak banget..

Dendeng balado

BAHAN-BAHAN :
  • 500 gm daging (direbus, potong nipis dan diketuk kemudian diperap bersama bahan perap kemudian digoreng)
  • 3 biji kentang (potong nipis dan digoreng)
  • BAHAN PERAP DAGING :
  • sedikit kunyit hidup
  • garam
  • sedikit halia
  • 1 sdk ketumbar
  • BAHAN TUMBUK :
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam cili api merah
  • 4 biji cili merah
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • jus dari 1 biji limau kasturi
CARA-CARA :
  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi. Masukkan bahan perasa secukupnya. Setelah itu, gaulkan daging dan kentang yang telah digoreng bersama bahan tumbuk sehingga rata. Rasa garam dan gulanya. Jika suka bolehlah masukkan sedikit sos tiram sebagai penyedap rasa. Sebelum diangkat perahkan jus limau kasturi secukupnya.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Wednesday, September 28, 2011

Dalca kelantan

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 kg santan
  • 2 paket kecil rempah dalca kelantan
  • sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan pelaga
  • 2 biji terung (dipotong 4)
  • 10 biji bendi
  • 2 biji cili hijau (potong 2 tak putus)
  • segenggam tomato ceri (jika suka)
  • 1 sdb cili giling
  • 1 asam keping
  • garam, gula dan sedikit serbuk pati ikan bilis
  • minyak untuk menumis
DIKISAR :
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 2 inci halia 
  • sedikit lengkuas
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga harum. Masukkan bahan yang dikisar, tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan rempah dalca yang telah dibancuhkan dengan sedikit air. Tambahkan cili giling dan masak lagi hingga keluar minyak.
  • Setelah itu, masukkan ayam dan biarkan sebentar hingga ayam kecut. Bolehlah masukkan santan. Kacau selalu.
  • Setelah mendidih, masukkan asam keping, bahan perasa dan juga sayur-sayuran. Tunggu hingga mendidih sekali lagi, rasa garam gulanya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Enak dicicah bersama roti atau makan bersama nasi panas bersama ikan pekasam goreng dan sambal belacan.

Tuesday, September 27, 2011

Ayam rendang istimewa Mina

Sumber : Mina
Diolah semula oleh NaSya

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam  (dipotong kecil)
  • santan dari 2 biji kelapa
  • DIKISAR :
  • 4 batang serai
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sdb jintan manis
  • 1 sdb jintan putih
  • 1 sdb ketumbar
  • 1 genggam cili api hijau
  • 1 cm kunyit
  • 2 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 2 keping asam keping
  • 2 sdb kerisek
  • 3 helai daun kunyit (dicarik-carik)
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan ayam, santan dan bahan-bahan lain. Masak dengan api yang sederhana.
  • Sebelum diangkat taburkan daun kunyit, kacau hingga daun kunyit layu.
  • Sedia di makan bersama ketupat atau nasi lemak.

Bihun untuk majlis (hari raya) Nabil kat sekolah

 Malam tadi Nabil mintak tolong masakkan sesuatu untuk majlis sambutan hari raya kat dalam kelas. Dahlah last minute...malam lak tu..bahan2 xde lagi. Last2 goreng bihun ngan nugget jelah..janji bawakk...kann..kann...

Ayam masak merah Noorma's

Sumber : Noorma
Mintak izin copypaste ya Noorma...tq
Bahan-bahan
1 ekor ayam - di potong kecil, bersihkan & digoreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labung bawang besar
2 btg serai

4 biji tomato
2 sd sos tomato
kacang peas (pilihan)
bwg besar - potong gelang
minyak masak,
gula, garam

Cara:
1. Pijarkan minyak dlm kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing
2. Kemudian masukkan ayam, kcg peas, bawang, garam dll
3. Gaulkan hingga sebati & adjust le rasa mengikut kesukaan
4. Masak hingga kering mengikut kesesuaian & kesukaan

Masak lemak tempoyak ikan kembung

BAHAN-BAHAN :

  • 6 ekor ikan kembung
  • 2 sdb tempoyak
  • 10 biji cili api + 1 inci kunyit (kisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • santan secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
  • Didihkan bahan-bahan untuk kuah di atas api yang sederhana hingga menggelegak. Masukkan ikan, tunggu hingga mendidih sekali lagi. Masukkan bahan perasa, kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Kulat sisir goreng

 Kulat sisir goreng versi NaSya yang xberapa rajin
   Inilah rupa kulat sisir yang selalunya tumbuh kat dahan-dahan kayu reput kat kampung2. Sekarang ni 1 tin susu tu harganya rm3 itu pun nasya beli masa balik kb hari tu..                          
Bahan-bahannya :

  • 1 tin susu kulat sisir (direndam bersama air bercampur sedikit garam untuk membuang kotoran, basuh dan toskan)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • minyak untuk menumis
Cara-cara :

  • Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi masukkan kulat sisir, garam dan serbuk kunyit kacau rata. Setelah itu bolehlah pecahkan telur dan biar hingga telur mengental baru dikacau.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Monday, September 26, 2011

Nasi goreng belacan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 pinggan nasi 
  • sedikit isi ikan tenggiri jeruk (didadu)
  • 10 biji cili api + 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + sebesar ibu jari belacan (dikisar)
  • 8 biji sweet peas (dihiris serong)
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan garing tambahkan ikan masin, kacau rata.
  • Masukkan nasi dan goreng lagi, tambahkan sayur dan perasa. Sebelum memasukkan garam rasa dahulu.
  • Enak dihidangkan bersama keropok goreng.

Kailan ikan masin

BAHAN-BAHANNYA :

  • 3 pokok kailan (dipotong kecil)
  • 8 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 keping ikan tenggiri jeruk (didadu)
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ikan masin sehingga garing. Masukkan bawang yang telah diketuk dan masak lagi hingga wangi. Kemudian masukkan sayur dan bahan lain.
  • Jika agak kering bolehlah dimasukkan sedikit air. Jika kurang masin bolehlah tambahkan sedikit garam.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.

Sunday, September 25, 2011

Ikan kepal sos tiram

BAHAN-BAHAN :

  • 6 ekor ikan kepal (disapu garam kunyit dan digoreng)
  • 4 ulas bawang putih + 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili hijau + 1 biji cili merah (hiris)
  • sos tiram secukupnya
  • sedikit air
  • sedikit gula dan 1 biji jus limau kasturi
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 sehingga layu. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng .
  • Sedia dimakan mudah dan pantas.

Kacang botor goreng hati ayam

BAHAN-BAHAN :

  • 8 biji kacang botor (dipotong serong)
  • 3 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 6 ketul hati dan pedal ayam (potong kecil)
  • sedikit serbuk kunyit dan serbuk lada putih
  • garam dan serbuk perasa
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang hingga wangi. Kemudian masukkan hati dan pedal ayam, masak hingga sedikit garing.
  • Tambahkan bahan-bahan lain, kacau rata dan angkat sebelum sayur layu.

Saturday, September 24, 2011

Masak lemak tulang ikan masin

BAHAN-BAHAN :

  • 7 keping tulang ikan masin talang (direndam bersama air bercampur sedikit garam untuk mengurangkan masin)
  • 3 ulas bawang merah + 2 cm halia + 2 cm kunyit + sedikit lengkuas (kisar)
  • 1 batang serai (titik)
  • santan dari sebiji kelapa
  • 2 biji cili hijau (belah tidak putus)
  • 1 asam keping
  • sedikit garam dan gula
CARA-CARA :

  • Semua bahan dijerangkan di atas api yang sederhana. Kacau selalu agar tidak pecah minyak.
  • Rasa dahulu kuah sebelum memasukkan garam.
  • Enak dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan sambal belacan.

Friday, September 23, 2011

Tumis petola

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji petola (dikupas & dipotong kecil)
  • 2 ulas bawang merah + 4 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 paket suun
  • sedikit air
  • garam & serbuk pati ayam
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang hingga wangi. Masukkan petola dan sedikit air masak hingga petola lembut kemudian tambahkan bahan-bahan lain.
  • Angkat dari api dan hidangkan segera.

Gulai udang batang keladi

BAHAN-BAHAN :

  • 1 pokok keladi sayur (disiang dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam, toskan)
  • 1 mangkuk udang saiz sederhana
  • 3 ulas bawang merah + 2 batang serai + 1 inci kunyit (dikisar)
  • sedikit belacan
  • 1 sdb cili giling
  • santan dari sebiji kelapa
  • 1 asam keping
  • garam dan gula secukupnya
CARA-CARA :

  • Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Kacau selalu agar santan cantik dan tidak pecah minyak.
  • Rasa garam dan gulanya sebelum diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.

Thursday, September 22, 2011

Bingka jagung

SUMBER : 1 HARI 1 RESIPI OLEH CHEF HANIELIZA

Bahan-bahan :

  • 1 cawan susu cair
  • 11/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung krim
  • 3/4 cawan gula
  • 2 sudu makan mentega @ marjerin cair
CARA MEMBUATNYA :

  • Panaskan ketuhar 180c dan sapukan minyak pada loyang bersaiz 8x8 inci ataupun loyang bulat 8 inci.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
  • Tuangkan bahan ke dalam loyang.
  • Bakar selama 1 jam.
  • Sejukkan dan potong sebagai hidangan minum petang.

Tuesday, September 20, 2011

Ubi k*ling rebus

Emmmmm.....saja ja sebenarnya masukkan gambar nie. Hari tu balik kelantan dapat la beli ubi ni kat Pasar Siti Khadijah. Mahal gak sekarang ni...yang mentah Rm4 sekilo. Kalau yang dah rebus tu kalau beli seriyal dapat ciput jer. Kat KL ni nasya xpernah jumpa lagi la ubi ni. Kalau kat utara orang panggil ubi kemili..Ubi ni sedap kalau direbus pas tu makan time hujan ngan air kopi pekat..nostalgia sungguh..ada gak orang wat gulai.
Kalau ada yang xpernah mencuba tu silalah cuba ...pasti teringat-ingat....

Sambal tumis bilis dan petai

BAHAN-BAHAN :

  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 biji bawang besar + 1 cm belacan (dikisar)
  • 1 senduk cili giling maz
  • 1/2 biji bawang besar (potong bulat)
  • 2 papan petai 
  • air asam jawa secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan yang dikisar sehingga garing dan wangi. Masukkan cili giling, tambahkan gula secukupnya untuk mendapatkan warna sambal yang cantik. Masak lagi hingga cili garing dan hilang bau cili.
  • Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dikupas, air asam dan juga sedikit garam. Masak hingga bilis lembut.  Setelah itu bolehlah dimasukkan isi petai dan bawang hiris. Rasa masam manisnya sebelum diangkat dan dihidangkan.

Monday, September 19, 2011

Goreng asparagus dan cendawan

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ikat asparagus (potong serong)
  • 10 biji cendawan shitake segar (potong 2)
  • 1 biji tomato (potong 8)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • sedikit sos tiram, serbuk pati ayam dan lada sulah
  • garam jika perlu
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih. Masukkan cendawan dan masak lagi hingga cendawan layu. Tambahkan asparagus, tomato, cili hiris dan bahan perasa. Jika agak kering masukkan sedikit air.
  • Kacau sebentar dan sedia dihidangkan. 

Serawa durian

BAHAN-BAHAN :

  • 7 ulas durian D24
  • santan secukupnya dari sebiji kelapa
  • nisam @ gula merah ikut citarasa
  • sedikit garam
  • 2 helai daun pandan (siat & simpul)
CARA-CARA :

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana hingga kuah durian agak likat .
  • Bolehlah diangkat dan enak dihidangkan bersama pulut @ dicicah bersama roti. 

Pakchoy tumis

BAHAN-BAHAN :

  • 1 bungkus siew pakchoy 
  • 1 batang karot (potong julienne)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1/4 biji bawang besar (mayang)
  • 1/2 biji cili merah (hiris)
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 sdk serbuk pati ayam
  • sedikit air dan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan karot dan kacau goreng hingga karot sedikit lembut.
  • Masukkan bahan perasa dan sawi, masak sebentar kemudian terus masukkan bancuhan tepung jagung.
  • Angkat dan hidangkan terus.

Ayam goreng hitam manis

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm daging ayam (potong kecil)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inci halia (mayang)
  • 1/2 biji bawang besar (potong baji)
  • 1 batang saderi (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah + 1 biji cili hijau (hiris)
  • sedikit kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan serbuk lada sulah
  • garam jika perlu
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan ayam, sos-sos dan sedikit air, renihkan sebentar. Kemudian masukkan semua bahan lain. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Friday, September 2, 2011

Gulai kulit lembu dan rebung


                                          kulit lembu yang telah siap diproses
BAHAN-BAHAN :

  • 1 bungkus kulit lembu yang sedia dimasak
  • 2 ketul rebung tin (dicelur air panas dan dihiris nipis)
  • 7 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 1 cm kunyit + 1 cm halia (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 10 biji cili kering (direndam air panas dan dikisar)
  • 1 kg santan
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sdk serbuk pati ayam 
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun kunyit + 3 helai daun limau purut (disiat)
CARA-CARA :

  • Jerangkan semua bahan di dalam periuk di atas api yang sederhana kecuali daun kunyit dan daun limau purut. Tunggu sehingga mendidih dan gulai pecah minyak.
  • Rasa masam masinnya dan bolehlah dimasukkan daun-daun. Sedia dihidangkan bersama ikan pekasam goreng dan sambal belacan.