Anak-anakku

Loading...

Monday, March 21, 2011

ikan pindang kicap






  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 5 ekor ikan saiz kecil
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 cm kunyit (dikisar)
  • 1 cm lengkuas (dikisar)
  • 2 cm halia (dikisar) 
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 sdb cili boh
  • 1 1/2 gelas air
  • 20 ml kicap manis
  • 5 tangkai daun limau purut (dicarik-carik)
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • air asam jawa secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sdb minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar, cili boh dan serai hingga wangi dan terbit aroma.Masukkan air, tomato dan tunggu hingga air mendidih.
    2. Masukkan ikan, kicap, air asam dan bahan perasa.Masak sehingga mendidih  dan  jangan lupa masukkan daun limau purut.
    3. Bolehlah dihidangkan.  

bihun goreng kampung


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 paket bihun (direndam hingga lembut)
  • 3 pokok sawi (dihiris)
  • 1/2 biji cili merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • sedikit belacan (ditumbuk)
  • 1/2 sdb udang kering (direndam)
  • 1/2 sdb cili boh
  • 4 ekor sotong (dihiris)
  • 1/2 cawan isi ayam
  • sos tiram,sos cili,sos tomato,kicap manis dan kicap cair secukupnya
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • daun sup dan daun bawang 
  • minyak untuk menumis


  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga garing.Masukkan cili boh dan udang kering, goreng sebentar.Masukkan isi ayam,sotong dan batang sawi tunggu hingga ayam masak dan batang sawi lembut.
    2. Tambahkan sos - sos dan bihun serta daun sawi dan hirisan cili merah. Kacau hingga rata.Masukkan tomato dan bolehlah diangkat apabila bihun telah lembut.
    3. Tabur daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.