Anak-anakku

Loading...

Tuesday, November 6, 2012

Laksa sardin untuk Cik NP




BAHAN-BAHAN :

  • 2 tin sardin cap ayam
  • 1 biji bawang besar holland
  • sedikit belacan
  • cili boh ikut suka (makcik leta 1 sdb)
  • 7 keping asam keping (boleh tambah jika kurang masam)
  • sedikit daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 1/2  blender air
  • 1 paket laksa eka (rendam semalaman)
****kuah ni cukup untuk 1 paket laksa eka dan lebih enak jika dibiarkan semalaman****
laksa yang direndam semalaman

rebus laksa sehingga lembut, nak senang guna periuk nasi je tapi xpayah tutup

jirus di bawah air mengalir dan sejat

CARA MEMBUAT KUAHNYA :

untuk kuahnya, masukkan sardin bersama sosnya ke dalam blender. Tambahkan juga bawang dan belacan. Kisar.

tuang ke dalam periuk

tambahkan 1/2 blender air lagi

masukkan cili kisar dan juga asam keping, didihkan

masukkan juga daun kesum dan bunga kantan. Makcik suka jika bunga kantan tu dihiris sebab senang nak makan

masak hingga mendidih

rasa kuahnya, tambahkan asam jika kurang masam. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Jika suka boleh juga masukkan sedikit petis udang

kuah laksa yang telah masak dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa baca BISMILLAH ya Cik NP sebelum mamam....