Anak-anakku

Loading...

Tuesday, May 14, 2013

Petai sambal hijau



 BAHAN-BAHAN :
segenggam ikan bilis 
2 papan petai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili hijau
1/2 biji tomato
1 inci belacan
1 keping asam gelugur
minyak untuk menumis secukupnya
garam dan gula secukup rasa

 CARA :

tumbuk atau cincang cili, bawang, belacan dan juga tomato

 kupas petai dan belah dua

 panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan cincang hingga wangi

 masukkan asam keping dan masak lagi sehingga keluar minyak

 tambahkan ikan bilis yang telah dicuci bersih

 masak lagi sehingga ikan bilis lembut

 tambahkan petai

 gaul rata dan masukkan garam dan juga gula mengikut citarasa
 setelah agak sebati bolehlah diangkat

 enak dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan juga sayur masak bening

Bebola daging dalam sos tomato

 BAHAN-BAHAN :
daging kisar lebih kurang 400 g
2 keping roti gardenia (nak tambah pun boleh)
1/2 biji bawang besar (cincang)
1 biji telur
sedikit garlic powder
sedikit mixed herbs
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng tohor dan menumis

 sedikit susu segar untuk merendam roti
sedikit lada hitam kisar
2 helai daun bay
1 tin tomato cincang


CARA :

 Gaulkan daging bersama roti yang telah diperah, telur, serbuk bawang putih dan juga herba campur. Masukkan sedikit garam.
 buat daging berbentuk bebola
 panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan masukkan daging yang telah dibulat-bulatkan 
 masak hingga keperangan
 di dalam periuk yang sama, renihkan tomato cincang bersama daun bay. Masak hingga menggelegak
 tambahkan bebola daging, serbuk lada hitam, garam dan juga gula
 masak hingga kuah pekat
enak jika dicicah bersama roti ataupun dijadikan topping pizza