Anak-anakku

Loading...

Thursday, May 2, 2013

Kayu keramat Kak Ratna

SUMBER :KAK RATNA
SKODENG DARI :MAMASYA
Kakak2 sayang come lote....izinkan adinda yang kiut ni tepek kat sini pulak. Mmuahh....



 Kayu Keramat 
Sumber ; Fp MaDihaa 

Bahan2 
500 gram tepung gandum 
1 camca teh soda birkabonat 
1 camca teh yis segera (mauripan) 
6 camca makan gula 
1 camca makan planta 
300ml air suam 

 Cara2 Menyediakan 
1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika 
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi. 
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata. 
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td. 
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah) 
5. Gorenglah spt dlm gambar tu hingga kuih bertukar warna coklat & hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan lebihan kuah gulai semalam 
memang keramat laa kue ni...lama xmakan. Cicah ngan teh tarik sedap ooooo, boley lupe laki kat sebelah hu..hu..hu...

Lauk untuk yang panas-panas.....

 Alaaa.....lauk biasa aje. Lauk tukang kebun. Ikan goreng ada, sambal belacan ada, ulam terung ngan salad ada....dan xketinggalan bintang utama, sup timun. Sedap ghupenye....walaupun xmenelan kos yang tinggi. Kira lauk tengah bulan la nie hu...hu...
 sambal tu makcik guna cili api semata....pedas wehhh tapi sedap cicah ngan terung manis tuu
yang ni pelakon ekstra...nak menyedapkan jalan cerita...

Sup timun dan bebola ikan




 BAHAN-BAHAN :
2 paket bebola ikan
1 batang timun (hiris nipis)
1 tsp lada hitam (tumbuk)
1/2 labu bawang besar (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
sedikit hirisan daun sup
sedikit pati ayam
sos ikan secukup rasa
secukupnya air untuk kuah
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA-CARA :


 panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan tumbuk 
 hingga garing dan wangi
 tambahkan air secukupnya. 
 masak hingga mendidih. Kemudian masukkan pati ayam, sos ikan
 bebola ikan dan juga timun. Masak hingga timun empuk dan 
bebola timbul. Tambahkan garam secukup rasa dan taburkan daun sup.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas. Ratah macam tu pun sedap juga terutamanya di hari yang panassssss....

Nasi goreng telur

 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
2 biji telur
3 kelopak kobis (hiris nipis)
garam dan sedikit serbuk pati ayam
minyak untuk menumis
DITUMBUK :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili api @ ikut citarasa
CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Pecahkan telur dan kacau hingga telur berketul.
Masukkan nasi dan juga hirisan kobis.
Tambahkan garam dan serbuk pati ayam secukupnya.
Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama keropok dan juga hirisan timun.

Asam rebus kembung dan keladi



BAHAN-BAHAN :
3 pokok keladi sayur (siang dan rebus bersama asam gelugur, tos)
1 ekor ikan kembung (potong 3)
3 keping asam gelugur
6 cawan air
sedikit daun kesum   
garam dan gula secukup rasa

DIKISAR :
10 tangkai cili kering (rebus)
1 labu bawang besar bersaiz kecil
1 tbsp udang kering
1/2 inci halia

CARA :
Campurkan bahan kisar bersama air dan jerang hingga mendidih.
Masukkan ikan, keladi dan juga asam keping.
Tambahkan daun kesum, garam dan juga gula. 
Jika kurang masam boleh tambahkan asam.
Masak hingga ubi keladi empuk.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.

Sambal belacan mangga




BAHAN-BAHAN :
segenggam cili api
1 biji mangga masak manis (hiris)
1 ulas bawang merah bakar
1 ulas bawang putih bakar
1/4 keping belacan bakar
garam dan gula ikut citarasa
CARA :
Tumbuk semua bahan kecuali mangga hingga lumat.
Masukkan garam dan gula. 
Kemudian lenyekkan mangga dengan menggunakan anak lesung.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, petai bakar dan juga ikan kembung goreng kunyit.

Urap kacang panjang dan peria

 BAHAN-BAHAN :

  • 10 batang kacang panjang (celur sekejap, potong pendek)
  • 1 biji peria katak (dicelur bersama air garam dan perah, hiris)
  • 1 ikat daun selom (dimayang halus)
  • 1 mangkuk kecil tauge (celur 10 saat)
DITUMBUK :

  • 1/2 biji kelapa muda parut
  • sebesar ibu jari belacan bakar
  • sedikit isi cekur
  • 3 batang serai (hiris)
  • 5 ulas bawang merah (disangai)
  • segenggam cili api
  • secukupnya jus limau nipis
  • garam dan gula ikut citarasa

CARA :

  1. Satukan kesemua bahan tumbuk dan sayur-sayuran di dalam satu mangkuk besar.
  2. Tambahkan garam dan gula. Perahkan juga limau nipis. Gaul sebati dan enak dihidangkan bersama nasi panas dan ikan sepat masin.