Thursday, December 8, 2011

IBLIS MELARANG SAIDINA ALI MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW

Sebaik saja Rasulullah SAW baru saja wafat, diriwayatkan bahawa semasa Saidina Ali bin Abu Talib ra hendak meletakkan jasad baginda di atas tempat tidurnya tiba-tiba

ASAM REBUS IKAN PATIN


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan patin saiz kecil (dipotong kecil dan cuci bersama limau nipis)
7 biji cili kering (direbus)
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm kunyit hidup
1 cm belacan
7 biji bendi
daun kesum
air secukupnya
3 keping asam gelugur
garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA-CARA :
Kisar cili kering bersama bawang, belacan dan juga kunyit hidup. Masukkan air dan sedikit minyak untuk menghancurkan biji cili.

Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya dan masukkan juga asam gelugur. Renih di atas api yang sederhana  sehingga

mendidih dan hilang bau cili. Setelah itu 

masukkan ikan patin dan masak lagi hingga mendidih dan ikan masak. Tambahkan juga garam dan perasa secukupnya. Jika kurang masam boleh masukkan lebih asam keping.

Kemudian masukkan daun kesum dan juga bendi.

Masak hingga mendidih dan bendi layu.

Bolehlah dimatikan api.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman.