Anak-anakku

Loading...

Tuesday, March 1, 2011

ayam tumis ketumbar

Sumber : Majalah Sedap


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1/2 ekor ayam (potong 12 bahagian )
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong panjang)
  • 1/2 biji lada benggala merah (dipotong panjang)
  • 1/2 sdb sos tiram
  • 1/4 sdk garam
  • 1/4 sdk serbuk lada sulah
  • 250 ml air
  • 1 tangkai daun ketumbar (dicincang halus)
  • 1 tangkai akar ketumbar (dicincang halus)
  • 1 sdb minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :
    1. Lumurkan ayam dalam campuran 1/2 sdk garam dan 1/2 sdk air perahan lemon.Ketepikan.
    2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga terbit aroma.Masukkan ayam.Kacau hingga berubah warna.
    3. Masukkan lada benggala merah,sos tiram,garam dan serbuk lada sulah.Kacau rata.Tuangkan air.Masak sehingga matang dan menyerap.
    4. Masukkan daun ketumbar dan akar ketumbar.Masak sehingga matang.
    5. Bolehlah dihidangkan.   (p/s : masak ayam di atas api yang kecil agar dapat meresap) 

laksa pendek goreng





  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   



  • 1/2 paket laksa pendek (boleh didapati di tesco)



  • 10 biji bebola ikan (dibelah 2)



  • 1 genggam tauge hijau



  • 1 biji cili merah (dihiris)



  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)



  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)



  • 1/2 sdb cili boh



  • sos tomato,sos tiram dan kicap pekat secukup rasa



  • 1 biji telur



  • minyak untuk menumis



  • CARA MEMBUATNYA 




    1. Panaskan minyak di dalam kuali,masukkan bahan -bahan yang ditumbuk dan cili boh.Masak sehingga garing.
    2. Masukkan bebola ikan dan laksa pendek.Kacau rata,jika kering masukkan sedikit air.Tambahkan semua sos dan pecahkan telur.Tunggu hingga telur mengental barulah dikacau.
    3. Sebelum diangkat masukkan tauge hijau. Hiaskan dengan sedikit cili merah.
    4. Bolehlah dihidangkan.  

    bihun putih





    •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
    • 1/2 paket bihun
    • 1/2 cawan isi ayam yang telah direbus
    • 10 biji bebola ikan (dibelah 2)
    • 1 paket sawi bunga
    • sedikit kucai
    • setengah batang karot (dipotong seperti batang mancis)
    • 1 biji cili merah (dihiris)
    • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
    • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
    • 1/2 sdk lada putih (ditumbuk)
    • garam dan sedikit serbuk perasa
    • minyak untuk menumis
    • hirisan timun dan sambal kicap untuk menghidang
    • CARA MEMBUATNYA :
      1. Panaskan minyak di dalam kuali,masukkan bahan -bahan yang ditumbuk.Masak sehingga garing.
      2. Masukkan ayam dan bebola ikan, tunggu hingga naik bau.Tambahkan karot dan bihun,masukkan juga sedikit air rebusan dan bahan perasa.
      3. Apabila karot dan bihun agak lembut masukkan sawi dan kucai. Hiaskan dengan sedikit cili merah.
      4. Bolehlah dihidangkan.