Anak-anakku

Loading...

Tuesday, March 1, 2011

bihun putih





  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1/2 paket bihun
  • 1/2 cawan isi ayam yang telah direbus
  • 10 biji bebola ikan (dibelah 2)
  • 1 paket sawi bunga
  • sedikit kucai
  • setengah batang karot (dipotong seperti batang mancis)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 sdk lada putih (ditumbuk)
  • garam dan sedikit serbuk perasa
  • minyak untuk menumis
  • hirisan timun dan sambal kicap untuk menghidang
  • CARA MEMBUATNYA :
    1. Panaskan minyak di dalam kuali,masukkan bahan -bahan yang ditumbuk.Masak sehingga garing.
    2. Masukkan ayam dan bebola ikan, tunggu hingga naik bau.Tambahkan karot dan bihun,masukkan juga sedikit air rebusan dan bahan perasa.
    3. Apabila karot dan bihun agak lembut masukkan sawi dan kucai. Hiaskan dengan sedikit cili merah.
    4. Bolehlah dihidangkan.  

No comments:

Post a Comment