Anak-anakku

Loading...

Friday, October 28, 2011

Nasi goreng udang kering

BAHAN-BAHAN :

  • 2 pinggan nasi 
  • 1 papan petai (belah 2)
  • 10 batang buncis (potong kecil)
  • 2 biji telur
  • garam dan serbuk pati ayam secukupnya
  • sedikit minyak
DITUMBUK :

  • 1 genggam udang kering
  • 4 ulas bawang merah
  • sebesar ibu jari belacan
  • 1 biji cili merah
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi. Pecahkan telur dan biar sebentar hingga telur mengental baru dikacau.
  • Masukkan nasi, bahan perasa dan sayur. Kacau rata.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama keropok segera.

Mi lada hitam gaya Nasya

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket mi kuning (dicelur sebentar dan ditoskan)
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 20 biji bebola ikan (saiz besar)
  • 4 sdb sos cili @ lebih
  • 2 sdb sos tomato
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 senduk kicap cair
  • 5 gelas air
  • 1 labu bawang putih + 1 1/2 sdb lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit garam
  • sawi bunga secukupnya
  • limau kasturi secukupnya
  • daun sup dan daun bawang (jika suka)
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih dan lada hitam hingga garing. Kemudian masukkan udang dan sos-sos.
  • Setelah itu bolehlah dimasukkan air dan juga bebola ikan. Biarkan mendidih. Rasa kuahnya. Masakan ini mesti ada rasa pedas, masam dan manis yang seimbang. Jika kurang, boleh tambahkan sos-sos ikut selera anda.
  • Sebelum di angkat masukkan sawi. Angkat sebelum sawi layu.
  • Sedia dihidangkan.

BERKORBAN DENGAN SEEKOR LALAT MASUK NERAKA

Di salah satu kesempatan, Rasulullah SAW mengatakan kepada para sahabat :"Ada seorang lelaki masuk ke syurga sebab lalat, dan ada juga seorang lelaki masuk ke neraka juga sebab lalat."