Thursday, October 27, 2011

Kek suka-suka

Baby comot seminggu dua ni asyik mintak nak kek je..ibu dia ni tangan keras...bukan macam Aunt Naz nun...pandai buat kek..kue...etc. Nak sonang pi la kedai kek. Beli sebijik. Tak sangka plak sekali makan dua beradik ni sampai separuh kek yang 1/2 kilo. Haii...makan laa puas-puas. Tak cukup besok ibu beli lagi...tapi kek yang harga 5 kupang je la..
Kek kopi sebab ibu suka bau kopi
Abang dah get ready nak p semayang jumaat...cuba tengok kat coffee table tu..buku resepi sapa agaknya yang menimbun tuuuu...
Syok ye dapat makan kek...ibu masa kecik2 dulu kek pun tak kenal...tapi xpe bulan 11 nanti ibu buat birthday party..tapi untuk ibu laaa
Ohhh...sungguh comot...
Aaaaaaa...sengih sampai pengsan..

Asam pedas kepala ikan duri..masak tiga hari sudah

Bila dah banyak sangat daun kesum tu inilah jadinya. Tambahan pulak kat belakang umah cik kantan tengah mengembang ...cik bendi pun ada...jadilah menu ulang tayang ni. Kali ni Nasya tumis ngan halba sikit bagi wangi semerbak.
Ada jugak acar timun.Tapi Nasya letak mangga masak sikit..saja nak bagi kaler-maler..
Last but not least..ayam goreng kunyit laa.

Buah beko

Ini buah beko. Selalunya orang buat kerabu ..letak santan, isi ikan bakar dan kelapa parut sikit. sangat enak. Sebelum di masak buah ni kena dipanggang dulu lepas tu kikis kulit dia. Kalau malas rebus je la lepas tu perah air sebab rasa dia pahit2 sikit tapi sedap. Nasya simpan buah ni punya la lama...lepas tu lupa nak masak..bole gitu..

Buah binjai

Inilah buah binjai. Rasanya sedap manis dan sedikit kelat. Buah ni susah nak dapat kat bandar. Sangat enak jika dibuat.....
Sambal belacan.

Hasil bercucuk tanam

Mangga cikonan hasil tanam kat depan umah. Seronok gak sekali petik sampai 20, 30 biji. Merasa laa jiran setaman. Mangga ni xboleh bior masak kat pokok, nanti kempunan. Bila dah agak tua tu kena petik cepat-cepat.
Yang ni nak bagi kat kawan. Orang2 kat umah nie bila dah bercucuk tanam xde la makan sangat. Tapi kalu yang beli tu hairannya selera plak. Kat umah ni kalau kupas tu 2 bijik pun xabih. Pelik bin ajaib betul laa.
Yang ni pulak simpan dulu...tengah pikior sapa yang belum dapat.
Ini terung ulam tanam kat tepi parit besar nun. Sedapnya terung ni bila buat ulam. Manis dan rangup macam makan epal je. (pss bole caya ke)
Bendi ni banyak yang dah tua sebab ayah sibuk xsempat gi tengok. Nasya jangan harap la nak gi sana sebab banyak C....ng. Geli. Tanah subur la katakan.
Daun kesum ni pun sama dah merimbun satu parit. Geram nengoknya.
Limau kasturi ni tanam kat belakang homestay. Sesapa yang dok homestay tu kalau nak masak petik laa. Jangan segan-segan. Halal.

Gulai udang dengan nenas...menu minggu lepas

Ni kira menu minggu lepas..malas nak update. Hari ni baru rasa nak mengupdate. Apa-apa pon jom layan gambor..
Gulai udang dengan nenas madu
Mengancam jugakkan..pastu tuang toyu banyak-banyak sampai banjir (tu cara orang utara makan) sedap gak. Jangan lupa jilat jari-jari tuu...
Tak lupa juga ngan ikan terubuk masin goreng
Tapi...........yang ni gak mencuri perhatian ku...nape yer..??

PERBINCANGAN DUA MALAIKAT TENTANG HAJI SEORANG HAMBA ALLAH

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kepada yang seorang lagi :