Anak-anakku

Loading...

Tuesday, November 22, 2011

Tumis kacang india dan udang kering

BAHAN-BAHAN :
1 paket kacang india @ avarakai (disiang dan dipotong serong)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sdb udang kering (dicuci dan ditoskan)
sedikit sos tiram
sedikit garam jika perlu
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Tumbuk bahan untuk bumbu kasar-kasar. Sementara itu, sediakan minyak yang secukupnya untuk menumis di dalam kuali.


Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi dan garing. Kemudian,

tambahkan secukupnya sos tiram dan 

gaul rata.

Akhir sekali tambahkan kacang dan masak lagi hingga sayur layu tetapi masih rangup. Rasa apa yang kurang, jika perlu barulah dimasukkan sedikit garam.

Siap untuk dihidangkan.

Masak lemak cili api ikan ayam-ayam

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan ayam-ayam
1/2 kilo santan
segenggam cili api (dikisar)
2 cm kunyit hidup (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit (dihiris)
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Jerangkan santan bersama bahan kisar, serai dan juga asam keping di atas api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu.

Setelah mendidih

masukkan ikan dan biarkan ia mendidih sekali lagi atau ikan masak. Masukkan garam dan juga gula secukup rasa.

Tambahkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya naik minyak dan ikan elok masaknya.

Sedia dihidangkan.