Anak-anakku

Loading...

Tuesday, May 14, 2013

Petai sambal hijau



 BAHAN-BAHAN :
segenggam ikan bilis 
2 papan petai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili hijau
1/2 biji tomato
1 inci belacan
1 keping asam gelugur
minyak untuk menumis secukupnya
garam dan gula secukup rasa

 CARA :

tumbuk atau cincang cili, bawang, belacan dan juga tomato

 kupas petai dan belah dua

 panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan cincang hingga wangi

 masukkan asam keping dan masak lagi sehingga keluar minyak

 tambahkan ikan bilis yang telah dicuci bersih

 masak lagi sehingga ikan bilis lembut

 tambahkan petai

 gaul rata dan masukkan garam dan juga gula mengikut citarasa
 setelah agak sebati bolehlah diangkat

 enak dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan juga sayur masak bening

6 comments:

  1. tak tahannya tengok petai ni.lama betul tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul laa Intan...petai mahal betul sekarang nie...

      Delete
  2. salam peh menyegat betul le resepi ni sdp tu pekena pula nasi panas2 dgn ikan masin...kena cari petai mcm ni terliur leee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi...hik...hik...sedap kak Sheilaa...saya makan ngan ikan gelama jeruk, xtoleh kiri kanan dah..taksub!

      Delete