Saturday, May 25, 2019

Masak lemak labu

BAHAN-BAHAN :
1.2 kg labu punggi @ labu kuning
1 L air bertapis
1 kotak kecil santan KARA  (200ml)
1 cekak kangkung
garam bukit/gula

DITUMBUK :
3 ulas bawang merah
10 biji lada bena @ lada hitam


CARA-CARA :
Buang kulit dan dadu buah labu besar-besar.
Rebus labu bersama bahan tumbuk sehingga separuh empuk.
Tuangkan santan dan renihkan dengan api sederhana.
Setelah labu empuk, masukkan kangkung dan perasakan dengan garam secukupnya.
Masak sehingga kangkung layu.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi, ikan goreng dan sambal belacan.

Sambal bilis mudah

BAHAN-BAHAN :
Segenggam ikan bilis (basuh bersih, tos)
1 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
2 papan petai (belah 2, jika suka)
4 Tbsp penuh cili giling PUTERI
garam bukit/gula secukup rasa
1/2 c minyak 

DIKISAR :
2 labu bawang besar (saiz sederhana)
sebesar ibu jari belacan
sedikit air 


CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan cili giling dan juga sedikit gula.
Tumis sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan.
Masak sehingga bilis lembut.
Tambahkan petai, bawang hiris dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Berhati-hati semasa memasukkan garam kerana pes cili PUTERI sudah mengandungi garam dan air asam jawa.
Setelah agak sebati dan petai lembut bolehlah dimatikan api dan sedia dinikmati.