Monday, May 23, 2011

Kek keju karamel terbalik

Resepi ini ditujukan khas buat adik Mira Nasiruddin. Walaupun akak belum sempat lagi nak buat kek ni akak harap mira sudi mencuba resepi ni. Resepi ni akak copy dari Buku Masak Chef Terkemuka CATHERINE LAU - KEK KEJU MENAWAN

Masa persediaan : 45 min + didinginkan dan disimpan semalaman; masa membakar: 1 jam; menghasilkan kek bergaris pusat 20-cm.
BAHAN-BAHAN:
Hias Atas :
  • Gula halus 250 gm
  • air 250 ml + tambahan 2 sdb
  • Inti :
  • kuning telur 10 biji
  • telur 2 biji
  • perasa vanilla 3 sdt
  • susu 500 ml
  • krim putar 300 ml
  • gula halus 80 gm
  • keju mascarpone 250 gm, dikacau perlahan-lahan sehingga tidak berbintil-bintil
  • Kulit :
  • mentega  60 gm
  • gula aising 30 gm
  • perasa vanilla 1/2 sdt
  • telur 2 biji
  • badam kisar 125 gm
  • tepung gandum 2sdb, diayak
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hias Atas : Larutkan gula dan air di dalam periuk di atas api kecil. Biar mendidih dan kecilkan api. Didihkan tanpa  dikacau sehingga bancuhan kuning keemasan. Angkat dari api. Tambah air dan sengetkan periuk dan kacau lagi. Tuang 2/3 bancuhan ini ke dalam acuan kek bulat 20-cm yang dalam. Biarkan bancuhan keras, ketepikan karamel yang selebihnya.
  2. Inti : Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada 160'c. Pukul kuning telur, telur dan perasa vanilla sehingga berbuih. Sebatikan susu, krim dan gula di dalam periuk. Kacau di atas api kecil sehingga gula larut. Didih dan angkat dari api dengan segera. Biarkan selama 5 minit. Tuang bancuhan susu ke dalam adunan telur dan terus kacau. Tapis dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan keju mascarpone ke dalam adunan telur. Tuang inti ini ke atas karamel di dalam acuan kek. Letak acuan ke dalam bekas berisi air. Bakar selama 45 minit. Sementra itu sediakan kulit.
  4. Kulit : Pukul mentega, gula aising, perasa vanilla dan telur sehingga ringan dan berkrim. Masukkan badam kisar dan pukul hingga adunan pekat. Ayak tepung ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. Masuk adunan ke dalam beg paiping yang dipasang muncung besar.
  5. Keluarkan kek dari ketuhar. Paipkan adunan ini ke atas inti dan bakar selama 15 minit atau sehingga kulit keras dan kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Tutup acuan kek dan simpan semalaman di dalam peti sejuk
  6. Terbalikkan kek keju ke atas pinggan hidang. Panaskan baki karamel dan hidang bersama kek.
  7. (CARA MEMBAKAR KEK KEJU) 
  8. Balut bahagian luar acuan kek dengan kertas timah yang tebal untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam. Letak acuan kek ini ke dalam bekas atau acuan yang lebih besar yang dipenuhi sebanyak tiga suku air panas. Tambah air panasnya jika perlu semasa membakar. Bakar semua kek ditingkat ketuhar yang terbawah. Intinya seharusnya agak keras tetapi lembut di bahagian tengahnya (anggaran bergaris pusat 7 cm) apabila acuan digerakkan sedikit pada akhir masakan. Biarkan kek keju di dalam ketuhar dengan pintunya tertutup selama 30 minit untuk kek mengeras. Keluarkan bekas berisi air dari ketuhar dan biarkan kek sejuk betul-betul dengan pintu ketuhar direnggangkan sedikit. Jika kek keju merekah semasa sejuk, ini mungkin disebabkan kek ini sudah terlebih bakar.