Anak-anakku

Loading...

Wednesday, May 4, 2011

Beronok sagu


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 gelas sagu bji
  • 3 gelas air
  • sedikit gula (untuk dicampur bersama sagu)
  • santan daripada 1/2 biji kelapa 
  • secubit halba
  • 2 hiris halia
  • sedikit gula merah dan gula putih (untuk kuah)
  • garam
  • 3 helai daun pandan (simpul)
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Masak sagu dengan air dan gula sehingga sagu kembang. Sejukkan didalam loyang. Ketepikan sebelum dipotong.
    2. Panaskan santan dan masukkan semua bahan-bahan untuk kuah. Kemudian masukkan sagu tadi dan biar seketika.
    3. Sedia untuk dinikmati.

Chicken chop berinti dan kentang putar


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 4 keping chicken chop (diperap bersama sos worchestershire, lada hitam dan sedikit garam)
  • BAHAN INTI :-)
  • 8 biji cendawan shitake segar (dadu)
  • 2 ulas bawang merah (dadu kecil)
  • sedikit daun thyme
  • secubit garam
  • *****semua bahan inti digoreng sekejap bersama sedikit butter. Masukkan inti ke dalam ayam dan gulung, cucuk dengan lidi. Goreng ayam sekejap di atas kuali sebelum dipanggang di dalam oven*****
  • CARA-CARA MEMBUAT KENTANG PUTAR :-)
  • 3 biji kentang (dipotong nipis dan direbus)
  • 1/2 pkt kecil krim masakan
  • sedikit serbuk pala, garam dan serbuk lada hitam
  • *****kentang dilecek bersama bahan lain ketika masih panas*****
  • SOS :-)
  • 1 paket MCCORMICK MUSHROOM GRAVY (ikut arahan pada bungkusan)
  • Daun salad pilihan

Nasi goreng budu


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 4 ekor udang
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • segenggam sayur kobis yang telah dihiris
  • 2 sdb budu
  • sedikit cili api yang diketuk
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak di dalam kuali tumis bahan yang dihiris, masukkan udang dan sayur kobis masak hingga udang berubah warna. Masukkan nasi, budu dan cili yang diketuk. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam. Kacau rata.
    2. Sedia dihidangkan.

Ayam masak halia

SUMBER : MAJALAH RASA



  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gm aging ayam (dipotong kecil)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 cm halia tua (dihiris)
  • 3 batang daun bawang (dihiris)
  • 2 sdb kicap manis
  • 250 ml air
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia tua sehingga kekuningan.
      2. Kemudian masukkan ayam, kicap manis, garam dan air. Kacau rata dan didihkan sehingga air menjadi kering.
      3. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan sebatikan. 
      4. Angkat dan sedia dihidang.  

kari kepala ikan merah


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 ketul isi dan kepala ikan merah
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 bawang merah (dimayang)
  • 1 bawang putih (dimayang)
  • 2 cm halia (dimayang)
  • 5 cm halia (ditumbuk)
  • 5 sdb serbuk kari ikan cap indra
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1 sdk halba campur
  • setangkai daun kari
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • air asam jawa secukupnya
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 biji bendi
  • 1 sdb serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMASAK :-)
      1. Panaskan minyak tumis bahan hiris, halba campur dan daun kari sehingga wangi. Setelah itu masukkan bahan yang telah ditumbuk. Biar garing.
      2. Sementara itu, bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk, kacau hingga pecah minyak. Masukkan tomato, air asam jawa dan santan. Kacau rata.
      3. Masukkan kepala ikan, bendi dan bahan perasa masak  hingga ikan empuk.
      4. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.