Anak-anakku

Loading...

Sunday, January 30, 2011

ayam cencaluk


  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 250 gm isi ayam
  • 1 sdk gula
  • 2 sdb cencaluk
  • 2 sdb minyak
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 biji bawang besar (dipotong-potong)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 125 ml air
  • 1 sdk kicap pekat
  • 2 biji cili merah (dipotong serong)
  • 2 biji cili hijau (dipotong serong)

  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Perapkan ayam bersama gula dan cencaluk selama 15 minit.
    2. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan serai,bawang putih dan bawang besar.tumis sehingga wangi.
    3. Masukkan ayam dan kacau goreng selama 2 minit.
    4. Masukkan air,kicap pekat dan cili.Kacau rata dan didihkan sehingga kuah agak pekat.Sajikan panas.

gulai ikan tenggiri dan nenas


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ikan tenggiri saiz kecil (dipotong-potong)
  • 1/2 biji nenas  manis (dipotong-potong)
  • santan drpd 1 1/2 biji kelapa parut
  • 2 keping asam gelugur
  • garam secukup rasaDIGILING:
  • 1 batang serai
  • 8 ulas bwg merah
  • 10 biji cili kering
  • 1.2 cm belacan
  • 1.2 cm lengkuas
  • 2.5 cm kunyit hidup 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan giling serta serai hingga naik bau.
    2. masukkan garam,gula,santan dan nenas.Tunggu hingga nenas empuk sedikit dan bolehlah masukkan ikan dan asam.
    3. Bila telah mendidih dan ikan telah masak,bolehlah matikan api.
    4. enak dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan

sosej selimut


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
    10 batang sosej (direbus &ditos)
    1 paket puff pastry (jenama kawan)
  • 2 keping keju
  • 1 biji kuning telur (untuk sapu)
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. ambil sekeping puff pastry,potong 2.
    2. letakkan sebatang sosej dan sedikit keju ditengah-tengah.ambil sekeping lagi  pastry dan letakkan diatas sosej tadi.kemaskan tepinya dengan garfu.Sapu kuning telur.
    3. Bakar hingga kuning keemasan.
    4. Enak dinikmati bersama sos pilihan.