Monday, February 26, 2018

Tumis pak choy

 BAHAN-BAHAN :
4 pokok siew pak choy (ceraikan kelopak)
8 ulas bawang putih (cincang)
sedikit suun (rendam)
1 gelas air tapis
garam bukit/lada sulah
1 Tbsp minyak


CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bawang putih hingga wangi.
Tuangkan air dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan pak choy dan suun.
Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
Setelah sayur lembut bolehlah dimatikan api.
Sedia dinikmati bersama nasi @ dimakan begitu sahaja bagi yang sedang berdiet.