Anak-anakku

Loading...

Saturday, October 29, 2011

Goreng telur masin

BAHAN-BAHAN :

  • 2 biji telur masin yang masih baru
  • 2 biji telur biasa
  • 1 biji bendi (potong serong)
  • 5 biji terung ulam (potong 4)
  • 2 biji bawang besar saiz kecil (dimayang)
  • 8 biji cili api (dihiris)
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit serbuk perasa dan minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga garing. Pecahkan kesemua telur dan kacau hingga telur berketul.
  • Tambahkan serbuk kunyit, bendi dan juga terung. Masak lagi hingga telur garing dan sayur empuk. Sebelum diangkat masukkan sedikit serbuk perasa dan taburkan cili hiris.
  • Kacau rata dan sedia diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas. 

Masak lemak tempoyak pucuk paku

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ikat pucuk paku
  • 1/2 kg santan
  • 3 sdb tempoyak 
  • 8 biji belimbing buluh
  • 2 ketul  ikan tongkol
  • jus dari 2 biji limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
DIKISAR :

  • 8 biji cii api 
  • 1 cm kunyit
  • 4 batang serai
CARA-CARA :

  • Jerang semua bahan di dalam periuk di atas api yang sederhana hingga keluar minyak.
  • Kacau selalu. Sebelum diangkat masukkan jus limau kasturi secukup rasa. 
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Rendang kerang dan kupang

Bahan-bahan :

  • 150 gm isi kupang
  • semangkuk kecil isi kerang
  • 1/2 kg santan
  • segenggam buncis (potong serong 3)
  • 1 sdb kerisek
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit 
  • garam dan gula secukup rasa
Dikisar :

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit
  • 5 batang serai
  • 5 biji cili kering
  • cili api ikut citarasa
Cara-cara :

  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali buncis dan daun kunyit. Masak atas api yang sederhana sehingga kering.
  • Sebelum diangkat masukkan buncis dan daun kunyit.
  • Sedia dihidangkan.