Anak-anakku

Loading...

Tuesday, July 30, 2013

Laksa pendek goreng ringkas

 
BAHAN-BAHAN :
1 paket laksa pendek
4 ulas bawang putih (cincang)
3 pokok siew pak choy (hiris pendek)
3 keping fish cake (hiris nipis)
1 tbsp sos tiram
sedikit kicap cair
kicap manis dan serbuk lada putih secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
Masukkan kek ikan, pak choy dan juga laksa pendek.
Gaul rata.
Tambahkan bahan perasa dan masak hingga sebati.
Sedia dihidangkan bersama cili kicap.

Crispy cheesy chicken



 BAHAN-BAHAN :
4 keping dada ayam (potong jalur)
1/4 tsp garam
secubit serbuk lada hitam
secukupnya keju cheddar yang disagat halus
10 keping biskut krim kraker (dihancurkan)
1c susu segar
BAHAN SOS :
125 g cream of chicken soup
2 tbsp yogurt
2 tbsp butter
sedikit susu segar
sedikit daun kucai

 CARA :

Masukkan biskut krim kraker yang telah dihancurkan ke dalam ziplock.
Masukkan juga garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Sementara itu, lumurkan ayam bersama keju, celup ke dalam susu dan salut dengan serbuk biskut. Aturkan ke dalam loyang yang telah dispray dengan sedikit minyak.
Bakar hingga garing.

 Untuk membuat sos nya, campurkan kesemua bahan kecuali daun kucai dan kacau di atas api sederhana hingga pekat dan licin. Tambah garam hanya jika perlu.
Taburkan daun kucai.

 ayam sedang dibakar

 sos yang telah siap

 Ayam yang telah siap....keemasan

Enak dihidangkan bersama spaghetti sebagai umpan anak berpuasa...

Juadah simple untuk buka puasa


Menu simple yang xmemerlukan masa yang banyak di dapur. Singgang ikan aya, ikan kurau masin goreng dan bunga kucai goreng belacan. Semoga dapat memberi idea untuk adik2 di luar sana.


Biasa je....

 Lauk biasa yang dah lama masak tapi baru nak memeriahkan suasana.
Kari ikan bawal emas  dengan sambal kering bilis dan kentang.
Layan....

Udang masak cendawan

   BAHAN-BAHAN :
6 ekor udang harimau saiz besar
3 ulas bawang putih (hiris)
1 paket cendawan shimeji
2 batang saderi ( belah 2,hiris serong)
1 tangkai cili merah (hiris)
2 tbsp sos tiram
garam secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis


CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga terbit bau.
Masukkan udang dan masak hingga kecut.
Tambahkan sos tiram, cendawan, saderi dan juga cili hiris.
Perisakan dengan garam secukup rasa dan masukkan air jika perlu.
Sedia diangkat dan dihidangkan panas-panas.

Gulai lemak ikan mambong

  BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan mambong saiz besar (potong 4)
1/2 kg santan
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa


DITUMBUK :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris lengkuas
1 inci kunyit 
1 inci halia
1 tangkai cili merah

 CARA :

Masukkan bahan tumbuk, santan dan asam keping ke dalam periuk.
Renihkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan yang telah dipotong.
tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Kacau selalu dan jika suka boleh masukkan hirisan timun @ kacang panjang.
Sedia dihidangkan bersama sambal belacan.

Mc n cheese mudah


BAHAN-BAHAN :
250 g makaroni (direbus  bersama sedikit garam sehingga 3/4 masak. Simpan air rebusan)
1 tin prego cheese n herbs
200 g keju parmesan (sagat)
1/2 c @ lebih keju cheddar (sagat)

CARA :
Di dalam periuk yang sama, ambil air rebusan separas makaroni dan buang yang selebihnya.
Tuang sos prego, keju parut dan masak dengan api perlahan hingga kuah pekat.
Sedia dihidangkan.

Biasa je...

 Makcik lawankan dengan bihun yang kat bawah tu....cepat dimasak sedap dimakan...

Croissant meatloaf




Biasa-biasa aje...sesuai untuk orang yang xde selera time sahur tu, bolehlah makan nie.
Bahan pun senang, roti croissant, chicken meatloaf (makcik celur kejap), daun salad, tomato, timun dan juga mayonis. Ikut pandai korang laa nak letak apa. Yang penting boleh telan...mmmmm sedap gak.