Anak-anakku

Loading...

Thursday, April 13, 2017

Mi rebus ringkas

 
 BAHAN-BAHAN :
1 bungkus mi kuning 500g (celur, toskan)
300g daging rebus (simpan stok)
4 ekor udang galah besar (celur, simpan stok)
4 biji ubi kentang (rebus, lecek)
1 biji ubi keledek (rebus, lecek)
1 senduk cili kisar @ ikut suka
1 paket sup bunjut
sedikit air asam jawa
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
1 Tbsp udang kering
2 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN PELENGKAP :
4 ketul tauhu (goreng, hiris)
4 biji telur rebus
cili merah, limau kasturi
daun sup, daun bawang
bawang goreng (jika suka)

CARA-CARA : 
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga garing dan wangi.
Tuangkan stok daging dan juga udang.
Masukkan sekali hirisan daging.
Kemudian masukkan sup bunjut, kentang dan juga ubi lenyek.
Didihkan.
Perasakan dengan garam, gula dan juga sedikit air asam jawa.
Setelah kuah sebati bolehlah dimatikan api.
Kemudian masukkan sedikit mi ke dalam pinggan hidang.
Susun bahan pelengkap dan juga udang.
Siramkan kuah secukupnya dan sedia dinikmati.

Masak lemak cili api pucuk paku

 
 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk paku (ambil bahagian lembut)
1 kotak santan KARA
1 1/2 kotak air
1 keping asam gelugur
1 batang serai (ketuk)
garam/gula

DIKISAR :
1 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar saiz kecil
5 tangkai cili api
1 hiris kunyit hidup
Masukkan bahan kisar, serai bersama santan dan air ke dalam periuk.
Didihkan dengan api sederhana.
Masukkan pucuk paku yang telah disiang.
Tambahkan asam keping dan juga perasa.
Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
Setelah sayur lembut, bolehlah dimatikan api dan sedia dinikmati bersama nasi dan pelengkap.