Anak-anakku

Loading...

Sunday, August 18, 2013

Mi goreng putih cara Kak Nah



 BAHAN-BAHAN :
1 paket mi kuning (basuh dan toskan)
1 mangkuk kecil isi ayam
2 pokok sawi putih
2 biji tomato hijau (hiris nipis)
1 tangkai cili merah (hiris nipis)
sedikit cili kisar, sos tomato, sos tiram
garam dan sedikit gula
minyak untuk menumis
limau kasturi untuk perah
DITUMBUK :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit udang kering

 CARA :
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga garing.
Masukkan isi ayam dan masak hingga kecut.
Tambahkan sawi, mi, sos-sos dan juga garam serta gula.
Gaul rata dan masak hingga mi lembut.
Jangan lupa untuk memasukkan tomato.
Sedia dihidangkan panas-panas.
Mi ni sesuai untuk kanak-kanak sebab xpedas dan sedikit manis.
Ermmm yummmy....

4 comments:

  1. salam
    dah lepas raya ni masak mee goreng mcm ni pun sedapkan makcik...makcik dah banyak jalan2 raya..

    ReplyDelete
  2. wslm pakcik....ye laa pakcik, perut dah biasa kosong...dapat makan yang simple cenggini cukuplah.....
    makcik xjalan2 pun sebab sekolah dah bukak pakcik hu...hu...

    ReplyDelete
  3. Ermmm Nasya sedap nampak mee goreng tu terliur sudah :)..

    ReplyDelete