Anak-anakku

Loading...

Friday, October 30, 2015

Sesungguhnya.......

Lagu yang sentiasa membuat saya sebak...mengenangkan diri yang sangat kerdil di bumi ALLAH TAALA

Biasa-biasa je.....

 Maaf la, makcik saja nak tunjuk lauk makcik yang biasa-biasa. Saja je....takut korang xde idea nak masak apa kan. bolehlah masak cenggini...xmuak. Ok bai....
lupa lak nak introduce...ikan keli dan pari bakar cicah air asam, kerabu jantung pisang, kari ikan salmon (menu tetap tiap2 minggu hu...hu...)dan bihun goreng kunyit.

Agar-agar santan

 BAHAN-BAHAN :
25 gm agar-agar tali (rendam sebentar)
1 c pati santan
4 c air
1 biji telur (kocok dengan garfu)
1 helai daun pandan (simpul)
gula secukup manis
sedikit pewarna merah
sedikit garam


CARA-CARA :
Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan sehingga agar-agar hancur.
Tambahkan santan dan garam secukupnya.
Masukkan sedikit pewarna merah.
Tapis ke dalam loyang yang telah dibasahkan.
Masukkan telur yang telah dikocok dan biarkan sehingga keras.

Ayam goreng rangup gaya NaSya

BAHAN-BAHAN :
6 ketul paha ayam (di cucuk dengan garfu)
1 tsp paprika
1 tsp rosemary
1 tsp tarragon
1 tsp serbuk bawang putih
1/2 tsp all spice powder
1 tsp thyme
1 tsp basil
1/2 tbsp maggi secukup rasa
sedikit garam
secukupnya tepung beras
minyak untuk menggoreng terendam

CARA-CARA :
Perap ayam yang telah dicucuk sekurang-kurangnya sejam @ lebih enak semalaman.
Golek-golekkan ayam ke dalam tepung beras.
Buang lebihan tepung beras.
Goreng ayam sehingga garing tetapi masih berjus.
Enak dimakan bersama nasi lemak @ dicicah sos.


Asam pedas batang keladi dan siput


 BAHAN-BAHAN :
1 pokok keladi sayur (bersihkan, buang kulit ari dan rebus bersama asam keping. Toskan)
1/2 kg siput sedut (gaul bersama hampas kelapa semalaman, potong hujung dan bersihkan)
3 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur
sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan (potong 4)
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya untuk kuah
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :
10 tangkai cili kering (rebus)
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
sedikit belacan

 
 CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan serai, siput dan juga air secukupnya.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan juga keladi.
Renihkan.
Tambahkan secukupnya garam dan perasa.
Kacau sebentar dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.


Aglio olio

 BAHAN-BAHAN :
1/2 paket spaghetti ( rebus bersama sedikit garam)
4 biji buah zaitun (cincang)
1/2 labu bawang besar (dadu halus)
1/2 c kecil meatloaf ayam (hiris nipis)
sedikit cili flakes
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
secukupnya extra virgin olive oil


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 
Tumis bawang sehingga layu.
Masukkan hirisan meatloaf ayam dan masak hingga wangi.
Kemudian tambahkan spaghetti, buah zaitun dan juga cili flakes.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Sebelum dihidangkan, renjiskan dengan minyak zaitun dara.
Sedia dihidangkan.