Anak-anakku

Loading...

Tuesday, March 7, 2017

Gulai Lemak Ketam & Nenas

 BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam (bersihkan, belah 2)
1 kotak santan KARA
2 1/2 kotak air
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit (carik, simpul)
1/2 biji nanas masak (hiris )
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar (saiz kecil)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cm kunyit
2 batang serai
7 tangkai cili kering (rebus)
1 tbsp ketumbar biji
1 inci belacan

 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak.
Tuangkan santan dan air.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ketam dan asam gelugur.
Masak sehingga ketam berubah warna.
Tambahkan nenas hiris, daun kunyit dan juga bahan perasa.
Masak sehingga nenas lembut.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi, ayam goreng dan sambal belacan.

Masak Lemak Pucuk Keledek

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk keledek (ambil bahagian lembut)
2 batang serai (ketuk)
1 gelas pati santan (kotak)
1 1/2 gelas air
garam/gula

DITUMBUK :
4 ulas bawang merah
1 tbsp ikan bilis
sedikit lada hitam

CARA-CARA :
Masukkan bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk.
Tuangkan santan dan air.
Renihkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan pucuk keledek, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga sayur layu.
Ketepikan dari api dan sedia dihidangkan bersama nasi, ikan masin goreng dan sambal belacan.

Asam Rebus Ikan Kembung

 BAHAN-BAHAN:
8 ekor ikan kembung pelaling
6 tangkai bendi (hiris serong)
sehiris kunyit
3 tangkai cili api @ lebih
1 labu bawang besar sederhana (hiris)
2 batang serai (ketuk)
1 cm belacan
3 keping asam gelugur
900 ml air (untuk kuah)
garam, knorr secukup rasa

 CARA-CARA :
Tumbuk kunyit bersama cili api, belacan dan serai.
Masukkan ke dalam periuk bersama hirisan bawang, asam keping dan juga air.
Didihkan.
Kemudian tambahkan ikan, bendi dan juga bahan perasa.
Didihkan sekali lagi.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan ikan masin.