14 Mac itu hari genaplah usia Baby Izz 2 tahun. Cepatnya masa berlalu huuu....apa-apa pun semoga anak2 ibu menjadi anak yang soleh dan bahagia dunia dan akhirat. Amin.
Sunday, April 20, 2014
Daging dendeng
BAHAN-BAHAN :
700g daging (rebus, hiris nipis dan ketuk. Goreng garing)
2 labu bawang holland + 7 tangkai cili merah (tumbuk kasar)
5 kuntum bunga cengkih
sedikit serbuk lada hitam kasar
air asam secukupnya
gula merah dan garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan kuali dan tumis bahan tumbuk juga cengkih hingga wangi.
Masukkan daging, lada hitam, air asam dan juga perasa.
Masak hingga garing dan pecah minyak.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas @ diratah begitu sahaja.
Sayur air kulat pusu (busut)
Soul food ni....cendawan ni tumbuh kat busut time musim hujan. Payah nak jumpa sekarang ni. Hari tu ada orang jual rm5 seikat. Apalagi beli laa...masaknya macam biasa...bawang merah, lada hitam, ikan bilis (tumbuk) letak laa keledek, pucuk manis, pucuk cili padi. Sayur ni mesti letak budu...garam dah tak payah masuk......sedap sungguh...slurpp....slurpp.....
Kuih tangkup resepi Pn Wila
Resepi ni pun dah pernah publish dulu. Bezanya kali ni makcik tambah durian dalam kastard.....fuhh bertambah-tambah kolesterol...takpe janji sedapkan...kann...intai kat sini ya.
Ikan percik putih
Resepi biasa aje dah pernah post sebelum ni...kalau berkenan boleh check kat sini ye darling. Ubah suai le mana yang patut ok.....
Subscribe to:
Posts (Atom)