Saturday, February 25, 2012

Ayam percik sihat

BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (dipotong 2, direbus bersama 1/2 cwn air + 1 sdk halia kisar + 1 sdk bwg putih kisar + sedikit garam. Rebus hingga air kering)
1 sdk bawang putih kisar
1 sdb bawang merah kisar
1 sdk halia kisar 
2 biji cili merah (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1/2 sdk serbuk kunyit
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn air
1 sdb tepung beras
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Tumiskan bahan yang dikisar bersama sedikit minyak hingga wangi.
Masukkan susu, air, asam keping, serbuk kunyit dan juga bahan perasa. 
Masak hingga mendidih.
Kemudian larutkan tepung beras bersama sedikit air. Tambahkan juga hirisan daun limau purut dan masak lagi hingga kuah agak pekat. Bolehlah dimatikan api.
Sementara itu, panggang ayam di atas kuali pemanggang sambil dipercikkan dengan kuah.
Hidang lebihan kuah bersama ayam percik.
Sedia dihidangkan bersama nasi atau roti.

Ayam masak kicap lada hitam

BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk sederhana ayam yang telah dipotong kecil
1 sdb bawang merah kisar
1 sdb bawang putih kisar
1 sdb halia kisar
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
1/2 sdb lada hitam (ditumbuk pecah-pecah)
sedikit sos tiram, kicap manis dan kicap pekat
sedikit air jika perlu
sedikit suun (direndam sebentar)
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing.
Masukkan rempah tumis, ayam dan lada hitam. Masak lagi hingga ayam kecut.
Tambahkan bahan perasa dan air jika mahu sedikit berkuah. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan bahan yang dihiris dan juga suun. Rasa garam dan gulanya.
Hanya masukkan garam jika perlu kerana kicap dan sos tiram sudah masin.
Kacau sebentar dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Kembung rebus sambal belacan

BAHAN-BAHAN :
3 ekor ikan kembung (direbus kosong, buang tulang)
jus limau kasturi secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
DITUMBUK :
3 biji cili merah
sedikit cili api (mengikut pedas yang diingini)
belacan bakar sebesar ibu jari
CARA-CARA :
Tumbuk bahan-bahan untuk sambal . Masukkan garam dan juga gula. 
Gaulkan sambal yang telah ditumbuk bersama isi ikan dan sebelum menghidang perahkan jus limau kasturi.
Enak dihidangkan segera bersama nasi panas...