Anak-anakku

Loading...

Sunday, September 23, 2012

Asam pedas ikan sardin



BAHAN-BAHAN :

  • 1 tin sardin cap ayam
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 1/2 sdb bawang putih kisar
  • 1/2 sdb halia kisar
  • sehiris lengkuas (ketuk)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • cili giling ikut pedas
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 sdt serbuk belacan bakar
  • 12 biji tomato ceri (kisar)
  • sedikit air untuk kuah
  • segenggam daun kesum
  • limau kasturi secukup rasa
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
CARA :

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, serai, lengkuas, serbuk kunyit dan belacan hingga terbit bau.

masukkan cili giling secukupnya.

masak hingga garing dan terbit minyak.

masukkan tomato kisar

masak lagi hingga wangi

kemudian tuangkan ikan sardin dan secukupnya air. Masukkan juga daun kesum

masak lagi hingga 

mendidih

rasa dahulu sebelum memasukkan garam dan gula

perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

Spagheti goreng kelam kabut


BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 paket spagheti
  • sedikit ayam yang telah dipotong kecil
  • 1/2 biji bawang besar (dadu)
  • 1 biji tomato (cincang)
  • sedikit cili boh
  • 2 sdb sos cili
  • 2 sdb sos tomato
  • garam jika perlu
  • 1 paket sawi putih
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA :
Rebus spaghetti bersama ayam hingga spaghetti lembut. Masukkan sedikit garam

dan ayam masak sepenuhnya

di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu

masukkan cili boh dan masak hingga garing

masukkan tomato dan sos-sos. Tambahkan sedikit air jika inginkan spaghetti yang basah

kacau rata

tuang spaghetti

gaul lagi

dan masukkan sayur.

perasakan dengan garam @ kicap cair jika perlu

sedia di ngapp