Anak-anakku

Loading...

Thursday, December 3, 2015

Sup belut

 BAHAN-BAHAN :
1/2 kg belut (potong kecil dan bersihkan bersama asam limau)
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
3 inci halia (hiris)
lada hitam dan lada putih tumbuk (ikut citarasa)
3 batang akar ketumbar (ketuk)
2 sup bunjut
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum cengkih
air secukupnya untuk kuah
daun sup, daun bawang, 
jus limau
3 tangkai cili api (ketuk)
1 biji tomato (hiris)
garam dan perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan hiris sehingga wangi.
Tambahkan secukupnya air dan sup bunjut.
Setelah mendidih, masukkan belut dan bahan-bahan lain.
Rasa asam garamnya.
Sedia dihidangkan.

Tumis sotong dan buncis

BAHAN-BAHAN :
4 ekor sotong sederhana (hiris panjang)
7 tangkai kacang buncis (hiris serong)
2 tangkai cili hijau (hiris)
1 tbsp sos tiram Nona
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

DITUMBUK :
1 labu bawang besar saiz kecil
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 tangkai cili merah

CARA-CARA :
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
Masukkan sotong dan masak di atas api besar.
Tambahkan buncis dan bahan perisa.
Setelah buncis layu, bolehlah dihidangkan.


Ayam ungkep

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
3 batang serai (titik)
sedikit air asam jawa
sedikit air untuk mengempukkan ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

DIKISAR :
5 tangkai cili api @lebih
1 ulas bawang besar saiz sederhana
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 tbsp ketumbar biji
1 tbsp jintan manis 

CARA-CARA :
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumis bahan kisar dan serai sehingga garing dan hilang bau rempah.
Masukkan ayam yang telah dipotong kecil.
Masak hingga kecut.
Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air (jika suka berkuah) dan tambahkan garam secukupnya.
Renih sehingga ayam empuk.
Sedia dihidangkan.

Biasa-biasa aje....

 Biasa je ...lauk kampung. Dah lama jadi zat pun, makan masa musim durian hari tu..ada fish fillet, ikan kembung bakar tawar cicah budu, sup belut dan paru berlada. Xterliur ke????

Gulai kulit lembu

 BAHAN-BAHAN :
250g kulit lembu (yang telah dibakar dan direbus)
10 tangkai kacang panjang (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 genggam suhun
1 helai daun kunyit (hiris)
2 batang serai (titik)
garam secukup rasa
1/2 kotak santan kara + 2 c air
sedikit minyak untuk menumis

DIKISAR :
4 ulas bawang merah
7 tangkai cili api @lebih
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 tbsp ikan bilis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan serai, kulit lembu yang telah dihiris dan juga santan.
Renihkan di atas api sederhana sambil dikacau-kacau.
Tambahkan bahan hiris dan juga kacang panjang.
Sebelum diangkat masukkan garam dan suhun.
Kacau sekejap dan sedia dihidangkan bersama nasi dan sambal belacan.

Ayam panggang ringkas

 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam sederhana
1 tbsp stok ayam
2 tbsp madu
beberapa tangkai rosemary
1/2 tbsp serbuk bawang putih
1 tbsp serbuk paprika
3 tbsp mentega
1/2 tbsp lada hitam (tumbuk kasar)
garam secukup rasa


 CARA-CARA :
Gaulkan bahan perap bersama ayam. Ratakan ke dalam kulit dan perap semalaman.
Panggang di dalam ketuhar sehingga masak.