Anak-anakku

Loading...

Thursday, December 3, 2015

Tumis sotong dan buncis

BAHAN-BAHAN :
4 ekor sotong sederhana (hiris panjang)
7 tangkai kacang buncis (hiris serong)
2 tangkai cili hijau (hiris)
1 tbsp sos tiram Nona
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

DITUMBUK :
1 labu bawang besar saiz kecil
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 tangkai cili merah

CARA-CARA :
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
Masukkan sotong dan masak di atas api besar.
Tambahkan buncis dan bahan perisa.
Setelah buncis layu, bolehlah dihidangkan.


2 comments:

  1. salam Nasya
    sedapnya sotong dgn buncis kaknoor memang fav sotong ni masak apa pun mmg terangkatt kn

    ReplyDelete
  2. wslm kak Noor sayam....time dapat sotong fresh saya suka masak cenggini.....ha..ha...

    ReplyDelete