Friday, November 18, 2011

Donat sosej resepi Kak Nab

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket mauripan yis (dibancuh bersama sedikit air suam-suam kuku dan 2 sdb gula)(tunggu hingga berbuih)
  • 1 kilo tepung gandum
  • lebih kurang 4 sdb shortening (lemak sayur)
  • 2 1/2 senduk nasi tepung susu
  • 1/2 sdt bread improver (Nasya tambah)(jika tiada tidak mengapa)
  • sedikit garam
  • air secukupnya untuk menguli
CARA-CARA :

  • Bancuh gandum bersama mauripan dan sedikit air. Uli sebati. Tambahkan shortening, susu dan juga garam. Uli hingga tidak melekat ditangan.(Air hendaklah ditambah sedikit demi sedikit semasa proses menguli agar tidak lembik. Jika terlebih air tambahkan tepung)
  • Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda.
  • Setelah adunan naik, tumbuk adunan untuk mengeluarkan gas. Bolehlah dibentuk. Jika ingin membuat roti donat cuma perlu memintal sedikit adunan pada sosej yang telah direbus.
  • Biarkan adunan naik sekali lagi kemudian bolehlah digoreng.
  • Anda akan mendapat lebih kurang 60 biji donat untuk adunan ini.

Ketam gulai padang



BAHAN-BAHAN :
2 ekor ketam bersaiz besar (dibelah dua, dicuci dan ditoskan)
1 kotak santan kara dibancuh bersama 1 1/2 kotak air
2 keping asam keping
2 helai daun limau purut (dimayang)
1 helai daun kunyit (dimayang)
1 helai daun salam
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
3 biji cili merah
sedikit belacan (jika suka)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit
2 cm halia
1 hiris lengkuas
1 batang serai
1 sdk ketumbar biji

CARA-CARA :
Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.

Masukkan ketam dan kacau rata. Tunggu hingga ketam berubah warna.

Kemudian tambahkan santan yang telah dibancuh bersama air. Biarkan mendidih dan kacau selalu agar santan tidak berketul.

Setelah itu bolehlah tambahkan daun salam dan daun-daun yang telah dimayang. Jangan lupa untuk memasukkan garam dan juga gula serta asam keping.

Biarkan mendidih sekali lagi.

Jika suka boleh masukkan sayur kegemaran.

Setelah terung empuk dan gulai naik minyak, bolehlah dimatikan api.

Sedia dihidangkan.

Spaghetti segera ala NaSya

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 paket spaghetti (direbus bersama sedikit garam dan ditoskan)
  • 1/2 botol besar sos pasta prego
  • 4 sdb kuah sambal tumis udang
  • 6 ekor udang saiz besar
  • 1 mangkuk kecil hirisan daun sup dan daun bawang
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, goreng udang sehingga kuning. Masukkan sambal tumis, sos pasta dan juga bahan perasa. Masak hingga pecah minyak.
  • Kemudian tambahkan spaghetti, kacau rata hingga kuah bersalut. Setelah itu tambahkan hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Sedia untuk dihidangkan.