Anak-anakku

Loading...

Monday, February 8, 2016

Ayam cili kering

 BAHAN-BAHAN ;
17 betis ayam (dilumur garam, goreng 1/2 masak)
10 tangkai cili kering (potong 3)
5 ulas bawang putih (cincang)
1/2 tsp lada hitam (tumbuk kasar)
1 tbsp sos cili
3 tbsp sos tiram NONA
2 tbsp sos tomato
1/2 c air
2 biji tomato (belah 6)
segenggam daun ketumbar
garam, gula dan sedikit kicap cair
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama cili kering sehingga wangi.
Masukkan betis ayam dan juga sos-sos.
Tambahkan air dan gaul rata.
Masukkan juga lada hitam, tomato dan bahan perasa.
Masak sehingga betis ayam lembut.
Taburkan daun ketumbar sebelum menghidang.

Puding jagung

 BAHAN-BAHAN :
1 liter susu segar
150 g gula
130 g tepung kastad
1 1/2 tin jagung krim
sedikit garam (untuk menaikkan lemak)
2 helai daun pandan (carik, simpul)

CARA-CARA :
 Bancuh tepung kastad bersama sedikit susu segar,
Kacau sehingga larut.
Masukkan lebihan susu ke dalam periuk bersama gula dan didihkan di atas api kecil.
Masak hingga gula larut.
Tambahkan tepung kastad, jagung, daun pandan dan sedikit garam.
Kacau selalu sehingga adunan pekat.
Basahkan acuan puding, masukkan adunan kastad yang telah likat.
Sejukkan sebentar dan kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Enak dihidangkan untuk minum petang.



Pulut serunding

 BAHAN-BAHAN :
2 c beras pulut  (dibasuh dan direndam)
secukupnya santan pekat
sedikit garam
minyak untuk menumis
1/2 biji kelapa parut
garam + gula 

DIKISAR :
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (rendam)
5 batang serai (hiris)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
sehiris nipis lengkuas
1 tsp jintan manis (sangai)
segenggam udang kering

CARA-CARA :
 Kukus pulut bersama santan pekat dan garam sehingga masak.
Kepalkan bulat-bulat. Ketepikan.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan kelapa parut dan masak sehingga serunding kering.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Pulut serunding lebih enak jika serundingnya sedikit manis.



Pakchoy sos tiram

 BAHAN-BAHAN :
3 pokok siew pakchoy (belah 2, cuci bersih)
6 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 tsp serbuk pati ayam
sos tiram NONA secukup rasa
sedikit kicap cair (jika perlu)
1 tsp tepung jagung (bancuh bersama sedikit air)
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan air di dalam periuk. Masukkan sedikit garam.
Celur sawi sebentar, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi ais.
Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan pati ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
Gaul rata.
Jika perlu masukkan sedikit kicap cair.
Toskan pakchoy, susun di dalam pinggan.
Tuangkan sos dan sedia dihidangkan.