Saturday, August 24, 2013

Sticky chicken cikgu Ani

Mintak izin ya cikguani saya tepek pulak kat sini. Tq.

**MAKCIK XLETAK MINYAK NGAN LADA HITAM, XPERAP PUN**





STICKY CHICKEN WINGS
Bahan-bahannya:
13 ketul kepak ayam 
4 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil maggi seasoning 
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
6 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
1 cawan air

Bahan tumbuk lumat:
2 inci halia
6 ulas bawang putih
  




Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan kecuali ayam dan air ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Masukkan ke dalam besen berisi ayam. Gaul rata dan perapkan selama 30 minit. (Selalu yang saya buat ialah saya perapkan ayam dulu kemudian saya masak nasi dan lauk-lauk lain. Selesai semua proses memasak, baru saya masakkan ayam ini).
  3. Panaskan sedikit minyak ke dalam non-stick pan.
  4. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan secawan air. Masak sehingga kuahnya pekat dan melekit. Bila kuahnya sudah pekat, ayam hendaklah dikacau selalu supaya sosnya tidak hangit.
  5. Masak sehingga kuahnya melekat pada ayam dan seakan-akan dibakar. 
  6. Tutup api dan hidangkan ayam. Buang minyak lebihan minyak.








Daging rendang merah



 BAHAN-BAHAN :
400 g daging
1 kotak santan kara + sedikit air
1 asam keping
1 tbsp kerisek
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
1 hiris nipis lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
10 tangkai cili kering yang direbus


CARA :

 Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali kerisek dan daun limau purut

 Rendangkan sambil dikacau selalu

 masukkan kerisek 

 masak lagi hingga pekat. Tambahkan daun limau purut dan juga bahan perasa secukupnya

 Setelah terbit minyak sedia

diangkat dan dihidangkan.

Daging goreng manis berempah




 BAHAN-BAHAN :
900 g daging (hiris nipis)
2 biji kentang (potong kecil)
1 tbsp serbuk kari daging
1 c kicap manis cap kipas udang
3 tbsp air asam jawa pekat
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
air secukupnya untuk merebus daging
sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai cili merah + 1 labu bawang holland (hiris)
DIKISAR :
2 labu bawang holland
3 ulas bawang putih
1 inci halia
20 tangkai cili api

CARA :

 Di dalam periuk, rebus daging sehingga empuk

 setelah daging agak kering tambahkan kentang dan masak hingga kering airnya

 tambahkan minyak secukupnya

 masukkan bahan kisar dan juga

 serbuk kari

 gaul rata. Masukkan sedikit air jika mahu basah-basah

 tambahkan air asam jawa dan 

juga kicap manis. Masak hingga sedikit pekat. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan bahan hiris. Enak di makan bersama nasi minyak @ketupat