Anak-anakku

Loading...

Monday, September 19, 2011

Goreng asparagus dan cendawan

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ikat asparagus (potong serong)
  • 10 biji cendawan shitake segar (potong 2)
  • 1 biji tomato (potong 8)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • sedikit sos tiram, serbuk pati ayam dan lada sulah
  • garam jika perlu
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih. Masukkan cendawan dan masak lagi hingga cendawan layu. Tambahkan asparagus, tomato, cili hiris dan bahan perasa. Jika agak kering masukkan sedikit air.
  • Kacau sebentar dan sedia dihidangkan. 

Serawa durian

BAHAN-BAHAN :

  • 7 ulas durian D24
  • santan secukupnya dari sebiji kelapa
  • nisam @ gula merah ikut citarasa
  • sedikit garam
  • 2 helai daun pandan (siat & simpul)
CARA-CARA :

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana hingga kuah durian agak likat .
  • Bolehlah diangkat dan enak dihidangkan bersama pulut @ dicicah bersama roti. 

Pakchoy tumis

BAHAN-BAHAN :

  • 1 bungkus siew pakchoy 
  • 1 batang karot (potong julienne)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1/4 biji bawang besar (mayang)
  • 1/2 biji cili merah (hiris)
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 sdk serbuk pati ayam
  • sedikit air dan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan karot dan kacau goreng hingga karot sedikit lembut.
  • Masukkan bahan perasa dan sawi, masak sebentar kemudian terus masukkan bancuhan tepung jagung.
  • Angkat dan hidangkan terus.

Ayam goreng hitam manis

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm daging ayam (potong kecil)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inci halia (mayang)
  • 1/2 biji bawang besar (potong baji)
  • 1 batang saderi (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah + 1 biji cili hijau (hiris)
  • sedikit kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan serbuk lada sulah
  • garam jika perlu
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan ayam, sos-sos dan sedikit air, renihkan sebentar. Kemudian masukkan semua bahan lain. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan.