Anak-anakku

Loading...

Wednesday, May 15, 2013

Lauk rambang mata...

 Menu ni makcik panggil rambang bijik mata sebab lebih dari 2 jenis. Biasa makcik kalau makan ada nasik + 1 lauk dah memadai. Ni nampak macam banyak je....last2 makcik sentuh sup kobis, ikan masin ngan sambal je hu...hu...sian kat makcik kannn...kann....

Udang sambal madu

 BAHAN-BAHAN :
300 g udang (dibersihkan)
segenggam cili kering (direbus)
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar (dikisar)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 tbsp madu
1 inci halia
2 papan petai (ambil isi belah 2)
sedikit belacan
garam secukup rasa
1 biji tomato 
minyak untuk menumis 


 kisar cili kering bersama bawang putih, halia, belacan dan bawang besar hingga lumat
 Di dalam kuali ajaib, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan kisar
 tambahkan madu dan masak hingga garing
 dan terbit minyak
 masukkan udang. Gaul rata
 kemudian tambahkan tomato, bawang hiris dan juga petai.
 Kacau rata dan masukkan garam secukupnya (Jika suka boleh masukkan asam keping @ jus asam jawa)
masak hingga sambal pekat 
enak dihidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak nyumm...nyummm

Sedapnya musim panas hirup tomyam....slurpp...

 Tengok le lauk kat atas nie..korang xteringin ke?? makcik dah tua2 ni dah xcerewet dah . Dapat makan nasik ngan ikan goreng, ada tomyam campur dah rasa macam kat syurga dah...sedapnya...jemput makan ye semua...

Sayur air cekak manis


 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk cekak manis
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tbsp budu
 1/2 tbsp lada hitam
sedikit ikan bilis
secukupnya air untuk kuah
garam dan gula secukup rasa
keledek jika ada (makcik xde stok)

pucuk manis dicuci dan ditoskan
 tumbuk kasar bawang bersama lada hitam dan juga ikan bilis
 masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama air 
 jerang di atas dapur sehingga
 mendidih. Masukkan budu, garam dan juga perasa jika suka
 kemudian masukkan pucuk manis dan masak hingga layu
sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan kembung goreng, ulam dan juga sambal kuinin