Anak-anakku

Loading...

Sunday, June 3, 2012

Maggi menangis....hu..hu...hu.....

BAHAN-BAHAN :

  1. 1 bungkus maggi perisa kari
  2. 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  3. 3 ulas bawang putih (diketuk)
  4. 1 sdb cili kisar
  5. 1/2 biji tomato (belah 4)
  6. beberapa tangkai cili api diketuk (jika suka)
  7. sedikit sos cili
  8. 1 biji telur
  9. air secukupnya
  10. sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan perencah, masak hingga garing dan hilang bau cili.
  3. Tambahkan air, sos cili, tomato dan telur. Tunggu hingga telur agak keras baru masukkan maggi.
  4. Sebelum diangkat masukkan cili api yang diketuk tadi.
  5. Enak jika dihidangkan bersama perahan limau kasturi.

Ikan selar bakar rencah tomyam & air asam budu

BAHAN-BAHAN :

  1. 3 ekor ikan selar saiz besar (dibelah belakang)
  2. 2 sdb cili kisar
  3. 1/2 sdb bawang merah kisar
  4. 2 kiub tomyam knorr (dihancurkan)
  5. sedikit garam
  6. **semua bahan dicampurkan dan dilumur pada ikan, bakar ikan sehingga masak**
AIR ASAM
BAHAN-BAHAN :

  1. 20 tangkai cili api (dipotong)
  2. 1 biji bawang besar (belah 4 dan dihiris)
  3. 2 sdb sambal belacan
  4. segenggam asam jawa (dibancuh bersama air secukupnya)
  5. 3 sdb budu (mengikut citarasa)
  6. sebesar ibu jari belacan bakar
  7. garam dan gula secukup rasa
  8. perahan limau kasturi secukupnya








Kue lopez segera

BAHAN-BAHAN :

  1. 2 cawan beras pulut (direndam bersama air kapur selama 4 jam)
  2. 3 helai daun pandan (disimpul)
  3. air sama paras dengan beras
  4. kelapa parut muda secukupnya (digaul bersama sedikit garam)
  5. sirap gula melaka
  6. sedikit garam
CARA :

  1. Bilas beras pulut dan masukkan ke dalam periuk bersama air, daun pandan dan sedikit garam. (Nasya guna microwave, lebih senang)
  2. Masak hingga pulut tanak.
  3. Ketika pulut masih panas, tekankan padat-padat ke dalam loyang.(jangan lupa umtuk melapik loyang dengan plastik @ daun pisang supaya kuih senang dikeluarkan)
  4. Setelah itu bolehlah dipotong menggunakan pisau plastik. Gaul dengan kelapa parut dan sedia di ngapp.