Anak-anakku

Loading...

Tuesday, June 2, 2015

Kek butter gebu



 BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
1 c tepung gandum
1/2 c butter
1 c gula (boleh dikurangkan)
1 tsp esen vanilla
1 tsp serbuk penaik

 CARA-CARA :

 Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.
Di dalam mixer, pukul butter bersama gula sehingga putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Pukul lagi sehingga gebu dan pucat.
Tambahkan esen vanilla dan masukkan bahan ayak sesudu demi sesudu.
Pukul hingga rata dan jangan terlebih adun.
Tuangkan ke dalam cawan-cawan kertas dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.


Ayam panggang rencah tomyam

 BAHAN-BAHAN :
8 ketul kepak ayam
1/2 tbsp pes tomyam
1 tsp oregano
1 tsp serbuk halia
1 tsp serbuk bawang putih
1 1/2 tbsp extra hot peri-peri nando's
2 tbsp sos cili kimball

CARA-CARA :
Perap ayam semalaman.
Panggang ayam sambil di sapu baki perapan.
Sedia dihidangkan.

Sup bebola ayam

 BAHAN-BAHAN :
1/2 paket bebola ayam
1 bungkus sup bunjut 
3 batang celery ( hiris )
kicap cair secukup rasa
sos ikan secukup rasa 
garam dan sedikit perasa 
air secukupnya
hirisan daun sup dan daun bawang
minyak untuk menumis

DIHIRIS :
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 inci halia


CARA-CARA : 
 Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumiskan bahan hiris dan sup bunjut sehingga wangi.
Masukkan air, batang celery dan juga bebola ayam.
Tambahkan bahan perasa dan masak sehingga mendidih.
Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

Kek paun comel

 BAHAN-BAHAN :
3/4 gelas butter
3/4 gelas telur  
3/4 gelas gula halus (boleh dikurangkan)
1 gelas penuh tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
1 tsp esen vanilla
pewarna merah, hijau

CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Ketepikan.
Sementara itu, pukul butter bersama gula halus sehingga berkrim dan putih.
Masukkan esen vanilla.
Tambahkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
Pukul sehingga sebati.
Bahagikan adunan dan warnakan mengikut citarasa anda.
Sudukan adunan ke dalam acuan kecil dan sedia dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan.
Bakar sehingga masak.

Bihun putih

 BAHAN-BAHAN :
1/2 paket bihun (rendam hingga lembut, toskan)
2 ketul kek ikan
1 mangkuk kecil isi ayam (direbus, simpan sedikit stok)
1 biji tomato hijau (baji)
1 pokok siew pak choy
garam dan sedikit perasa
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
1/2 bji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 tbsp lada hitam
1 tbsp ikan bilis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan isi ayam, kek ikan, sayur, bihun dan juga bahan perasa. 
Kacau sehingga bihun agak lembut. 
Jika bihun masih keras boleh siramkan dengan sedikit air rebusan daging ayam.
Sedia diangkat dan dihidangkan.

Gulai kuning telur rebus

 BAHAN-BAHAN :
5 biji telur rebus (digoreng sehingga berkulit)
10 tangkai kacang panjang (potong 3 cm)
1 kotak santan + 1 kotak air
sekeping asam gelugur
sebatang serai (ketuk)
garam dan gula secukup rasa

DITUMBUK :
4 ulas bawang merah
1 hiris halia
1 inci kunyit hidup
1 hiris nipis lengkuas
1 tsp ketumbar biji

CARA-CARA :

Jerang bahan tumbuk bersama serai, santan, asam dan juga air sehingga mendidih.
Kacau selalu agar tidak pecah minyak. 
Masukkan kacang panjang dan juga telur. 
Tambahkan bahan perasa.
Masak hingga kacang empuk dan sedia dihidangkan.

Nasi tomato ala kadar...



Asam pedas kepala ikan


 Resepi biasa saja. Macam yang biasa saya masak. Kalau bawang segenggam, cili kering dan asam jawa pun segenggam. Bawang putih xpayah letak. Letak halia sikit, kunyit sikit, belacan sikit. Nak letak serai sebatang pun boleh. Bubuh tomato sikit. Perasakan dengan stok ikan bilis @ stok ayam. Akhir sekali letak daun limau purut. Ini kiranya stail pekat la ni..


Kek coklat simple


Kongsi gambar saja, lupa lak letak resepi kat mana hu...hu....

Ayam masak tomato berjintan

 BAHAN-BAHAN :
10 ketul ayam (digaul garam kunyit & goreng 1/2 masak)
2 tbsp sos tomato
4 biji tomato masak kecil (potong 4)
1 biji bawang besar (hiris)
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :
1 tsp jintan manis
1 batang serai
10 tangkai cili kering yang telah direbus
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan garing.
Masukkan tomato dan juga sos tomato. 
Kacau sebati.
Tambahkan ayam goreng dan juga bawang hiris.
Boleh masukkan sedikit air jika suka.
Kacau lagi, dan tambahkan garam juga gula mengikut citarasa anda.
Sedia diangkat dan dihidangkan.

Roti paun

 Sorry, lupa lak letak kat mana resepinya. Nanti kalau dah jumpa kita update ye..

Kek cawan permaisuri

 BAHAN-BAHAN :
180g butter
180g gula halus
180g tepung gandum
1 1/2 tsp serbuk penaik
1 tsp esen vanilla
kismis/ ceri/ choc rice jika suka

CARA-CARA :
Ayak tepung bersama serbuk penaik.
Di dalam mixer, pukul butter bersama gula halus sehingga berkrim dan putih.
Masukkan esen vanilla dan bahan ayak sedikit demi sedikit.
Pukul sebati.
Sudukan adunan ke dalam cawan2 kecil.
Taburkan ceri, choc rice @ kismis jika suka.
Bakar adunan di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Sedia dihidangkan.