BAHAN-BAHAN :
1kg kerang
5 tangkai cili api
2 batang serai (ketuk)
1 helai daun kunyit (carik)
sedikit air asam jawa
sedikit garam
air separas kerang
CARA-CARA :
Rendam kerang bersama cili api yang telah dibuang tangkai selama sejam.
Cuci bersih kerang dan masukkan ke dalam periuk.
Tuangkan air separas kerang dan masukkan bahan-bahan lain.
Didihkan di atas api sederhana sehingga kulit kerang terbuka sendiri.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama sos pilihan.
***TUJUAN MEMASUKKAN CILI KE DALAM AIR RENDAMAN KERANG ADALAH UNTUK MENGELUARKAN SEMUA PASIR DAN SELUT. BOLEH JUGA DIRENDAM BERSAMA AIR BERCAMPUR SEDIKIT GARAM***