Anak-anakku

Loading...

Friday, March 31, 2017

Kobis Goreng

 BAHAN-BAHAN :
1/4 biji kobis kecil (hiris)
1/2 batang lobak merah (hiris mancis)
1 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
1/2 tangkai cili hijau (hiris)
1/2 tsp serbuk pati ayam
serbuk lada sulah /garam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
Masukkan lobak merah, gaul rata.
Kemudian masukkan kobis dan masak sehingga kobis lembut.
Jika suka boleh masukkan sedikit air.
Tambahkan cili hijau dan perasakan secukupnya.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


Thursday, March 30, 2017

Nasi Goreng Daun Bawang

 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
2 pokok daun bawang (hiris)
2 biji telur
1/2 tsp serbuk pati ayam
1 Tbsp sos tiram Nona
garam
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili api
1 inci belacan
2 Tbsp ikan bilis

 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
Masukkan sos tiram.
Pecahkan telur di dalam kuali dan kacau sehingga telur berketul.
Tambahkan nasi, daun bawang dan perasakan secukupnya.
Setelah sebati, sedia dihidangkan.



Wednesday, March 29, 2017

Tauge Tumis

 BAHAN-BAHAN :
200g tauge (buang ekor, bersihkan)
1/2 batang lobak merah (potong mancis)
1/2 tangkai cili merah (hiris)
1 pokok daun bawang (hiris)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1/2 tsp serbuk pati ayam
garam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang sehingga layu.
Masukkan lobak merah dan masak sehingga lembut.
Tambahkan tauge, daun bawang, cili dan juga bahan perasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Ungkep Ayam Dan Rebung

 
 BAHAN-BAHAN :
6 ketul paha ayam
1 mangkuk kecil hirisan rebung segar (rebus)
2 batang serai (titik)
sedikit air
pati asam jawa secukup rasa
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
5 tangkai cili api
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2.5cm halia
2.5cm kunyit
1 Tbsp ketumbar biji (sangai)
1 Tbsp biji jintan manis (sangai)

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Tambahkan air dan rebung.
Masak sehingga ayam lembut.
Kemudian masukkan pati asam jawa, garam dan juga gula.
Masak sehingga kuah pekat.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan juga ikan masin.

Tuesday, March 28, 2017

Tumis Kobis Cina

 
 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji kobis cina saiz kecil (hiris)
1/4 labu bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 Tbsp ikan bilis padi
2 gelas air
1/2 tsp serbuk pati ayam
garam/serbuk lada sulah
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga terbit bau.
Masukkan kobis, ikan bilis dan juga air.
Masak sehingga kobis lembut.
Akhir sekali tambahkan bahan perasa dan matikan api.
Sedia dihidangkan bersama nasi.

Monday, March 27, 2017

Spaghetti Goreng

 BAHAN-BAHAN :
1 paket spaghetti (rebus 3/4 masak, tos)
1 botol sos spaghetti Kimball
10 ekor udang besar (belah 2)
10 ekor sotong (hiris bulat)
1 paket cendawan shimeji
3 Tbsp sos cili kimball
sedikit air 
1 labu bawang Holland (dadu)
3 pokok daun bawang (hiris)
2 biji tomato masak (dadu)
garam/gula/serbuk lada hitam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang sehingga layu.
Masukkan sos spaghetti, sos cili dan juga tomato.
Kacau rata.
Kemudian tambahkan udang, cendawan dan sotong.
 Masak sehingga kecut
Tuangkan sedikit air dan juga bahan perasa.
Renihkan sebentar.
Masukkan spaghetti dan juga daun bawang.
Kacau sebentar dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, March 26, 2017

Kerabu Jantung Pisang

 BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang sederhana besar (rebus bersama garam dan sedikit cuka)
3 ekor ikan lolong @mata besar (rebus)
1/4 C air rebusan ikan
8 tangkai cili api @ lebih (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
3 tangkai daun kesum (racik halus)
sedikit isi kerang rebus
1/2 kotak santan KARA
1 Tbsp kerisek kelapa
1 tsp belacan bakar
1 tsp lada hitam (sangai &tumbuk)
jus limau/ cuka secukupnya
garam/gula

CARA-CARA :
Hiris halus jantung pisang dan toskan.
Tumbuk isi ikan rebus dan ketepikan.
Didihkan santan bersama air rebusan.
Matikan api.
Masukkan belacan bakar, kerisek dan bahan-bahan lain.
Gaul rata dan perasakan.
Bubuh jantung pisang ke dalam mangkuk besar.
Curahkan kuah santan dan isi ikan rebus.
Sebatikan dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan ulaman.

Naluri Cinta......


Saturday, March 25, 2017

Daging Goreng Petai

 
BAHAN-BAHAN :
300g daging (hiris nipis, rebus lembut)
2 papan petai (belah 2)
3 ulas bawang putih (cincang)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
2 biji tomato masak (belah 6)
2 Tbsp pes tomyam
1 Tbsp sos tiram Nona
sedikit air rebusan
garam/gula
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih & bawang besar sehingga wangi.
Masukkan pes tomyam, sos tiram dan juga daging.
Tuangkan sedikit air rebusan.
Renih sehingga kuah pekat.
Tambahkan petai, cili hiris dan tomato.
Masak sehingga petai layu tetapi masih rangup.
Perasakan secukupnya.
Jika suka boleh masukkan sehelai daun limau purut.
Sedia diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas dan telur dadar.

Friday, March 24, 2017

Bihun Goreng Taucu

 BAHAN-BAHAN :
1/2 paket bihun (rendam sehingga lembut)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
1 Tbsp cili kisar
2 Tbsp taucu
1 mangkuk kecil isi ayam dadu
5 keping filamen ketam (potong 4)
sedikit kangkung 
1 biji tomato hijau (belah 6)
kicap cair & kicap manis secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk dan juga cili kisar sehingga terbit minyak.
Masukkan taucu dan daging ayam.
Gaul rata.
Tambahkan kangkung, filamen ketam dan bihun yang telah di tos dan masak sehingga bihun lembut.
Masukkan kicap secukupnya.
Sebelum diangkat dari api, masukkan tomato hijau.
Sedia dihidangkan bersama cili potong dan perahan limau kasturi.

Thursday, March 23, 2017

Suun Goreng Makanan Laut

 
 BAHAN-BAHAN :
400g suun (rendam sebentar)
2 ketam (bersihkan, potong 2)
300g udang
300g kepah
1 labu bawang besar sederhana (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 Tbsp pes tomyam
2 pokok sawi (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 tomato (hiris)
1 tsp kicap pekat
sos ikan, sos cili, kicap manis
2 Tbsp sos tiram
garam jika perlu
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Rebus ketam bersama sedikit air. Ketepikan.
Tumis sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan hiris hingga wangi.
Masukkan pes tomyam, udang, ketam dan kepah.
Gaul rata. 
Masukkan sawi, suun, cili, tomato dan juga sos-sos.
Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
Enak dihidangkan bersama perahan limau kasturi dan cili jeruk.

Wednesday, March 22, 2017

Pillau Ayam


 BAHAN-BAHAN :
3 C beras basmati (rendam 1/2 jam bersama air bercampur sedikit garam)
4 1/2 C air rebusan
6 ketul ayam
1/2 labu bawang Holland (bwg kuning, hiris)
3 ulas bawang putih (cincang)
2 cm halia (hiris)
10 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam
1 batang kulit kayu manis
2 tsp serbuk jintan putih (sudu kecil membumbung)
1/2 tsp serbuk pati ayam
garam secukupnya
sedikit air mawar
2 pokok ketumbar (ambil batang & akar)
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk berdasar tebal.
Tumis bunga cengkih, kayu manis, lada hitam dan juga bahan hiris hingga layu.
Masukkan serbuk jintan putih dan ayam.
Gaul rata.
Kemudian masukkan air, agak-agak dalam 5 1/2 C.
Biarkan sehingga mendidih.
Tambahkan garam, akar ketumbar dan serbuk pati ayam.
Masak hingga ayam empuk.
Ketepikan ayam dan sukat air rebusan sebanyak 4 1/2 C.
Masukkan beras dan susun ayam.
Masak dengan api perlahan sehingga nasi tanak.
Renjiskan sedikit air mawar di atas nasi dan gaul menggunakan chopstick supaya beras tidak patah.
Enak dihidangkan bersama acar buah

Tuesday, March 21, 2017

Dada Ayam Gulung

4 keping dada ayam tanpa tulang (ketuk nipis)
secukupnya beef pastrami untuk inti
putik jagung, lobak merah, brokoli kukus
sedikit mentega

BAHAN PERAP :
1/2 tsp serbuk bawang putih
1 Tbsp sos Lea n Perrins
garam secukup rasa
1 tsp smoked paprika
1 tsp daun rosemary kering
serbuk lada hitam mengikut citarasa
1 tsp serbuk pati ayam

CARA0-CARA :
Gaul dada ayam yang telah diketuk dengan bahan perap.
Susun pastrami di tengah-tengah dan gulung dada ayam.
Sematkan dengan lidi dan perap sekurang-kurangnya 1/2 jam. 
Lebih enak jika dibiarkan semalaman.
Panaskan kuali leper dengan sedikit mentega.
Layurkan dada ayam sebentar sehingga keperangan.
Panaskan ketuhar dan panggang dada ayam di dalam ketuhar sehingga masak tetapi masih berjus.
Susun dada ayam ke dalam pinggan dan tutup dengan aluminium foil supaya lembap.
Masukkan sedikit air ke dalam loyang pemanggang yang berisi kuah ayam.
Kacau sebentar di atas dapur dan jika perlu boleh pekatkan kuah dengan sedikit tepung jagung.
Perasakan dengan lada hitam, madu dan stok ayam secukupnya.
Hiris dada ayam dan bolehlah dihidangkan bersama sayuran kukus dan curahkan kuah lada hitam di atasnya. Sedia dihidangkan.

Monday, March 20, 2017

Apam Pisang Kukus

 BAHAN-BAHAN :
8 biji pisang emas masak
2 C tepung gandum
3/4 C minyak masak
4 biji telur
1 tsp serbuk penaik
1 Tbsp soda bikarbonat
3/4 C gula pasir
secubit garam
kelapa parut muda + secubit garam (untuk cicah)

CARA-CARA :
Panaskan kukusan.
Kisar semua bahan di dalam pengisar sehingga hancur.
Sementara itu lapkan acuan dengan sedikit minyak.
Tuangkan bancuhan sebanyak 3/4 acuan.
Lapik tutup pengukus dengan sehelai kain supaya air tidak menitik ke atas kuih.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak.
Keluarkan dari acuan dan taburkan dengan kelapa parut.
Sediakan dihidangkan bersama secawan kopi.

Sunday, March 19, 2017

Kentang Inti

 
BAHAN-BAHAN:
6 biji kentang bujur
2 keping daging burger (hancurkan)
isi tengah kentang
1 tsp serbuk kari daging
1 tsp serbuk pati ayam
sedikit daun sup (hiris)
1 tangkai cili besar (hiris halus)
sebiji telur 
garam
minyak untuk menggoreng terendam

CARA-CARA:
 Kupas kentang, belah 2 dan rebus 3/4 masak.
Kemudian korek isi tengah dan ketepikan.
 Sementara itu, gaulkan daging burger bersama isi kentang, daun sup, dan bahan perasa.
 Isikan inti ke dalam kentang dan susun hirisan cili di atas kentang.
Kocok telur menggunakan garfu dan sudukan ke dalam kentang.
 
Panaskan minyak secukupnya dan goreng terendam kentang sehingga masak dan kentang lembut.
Enak dicicah sos cili untuk minum petang.


Saturday, March 18, 2017

Rendang Ayam Puteri

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (potong kecil)
500ml pati santan
2 Tbsp kerisek kelapa
2 helai daun limau purut (hiris halus))
2 asam keping
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
2 labu bawang besar (saiz sederhana)
4 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering (rebus)
5 biji buah keras
3 batang serai
2 cm halia
 CARA-CARA :
 kisar bahan kisar sehingga lumat
 panaskan minyak dan tumis bahan kisar
 sehingga wangi dan terbit minyak
 masukkan pati santan dan gaul rata. 
 
 masukkan ayam dan asam keping. Jika menggunakan santan beku tunggu sehingga santan cair baru masukkan ayam
 
 kacau selalu
 Setelah kuah rendang agak pekat, tambahkan kerisek
 masak lagi dan taburkan hirisan daun limau purut. Perasakan secukupnya. Masak sehingga mencapai kepekatan yang diingini. 
 Lebih enak jika dibiarkan sedikit berkuah untuk dimakan bersama ketupat @ pulut kuning.

Friday, March 17, 2017

Udang Sambal Hijau

 BAHAN-BAHAN :
5 ekor udang saiz xxl (buang urat, goreng sehingga kecut)
4 tangkai kacang panjang (poton 4cm )
2 helai daun limau purut (carik)
1/2 kotak santan KARA (100ml)
1/2 kotak air
1 labu bawang besar (hiris)
1 asam keping
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
4 tangkai cili hijau
20 tangkai cili api hijau
1 batang serai
1 labu bawang besar (saiz kecil)
2 ulas bawang putih
2 cm halia

CARA-CARA :
 Di dalam kuali panaskan sedikit minyak.
Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
Tuangkan santan dan air, kacau dan masak hingga meletup-letup.
Tambahkan asam keping, bawang hiris dan garam juga gula secukupnya.
Kemudian masukkan udang, kacang panjang dan juga daun limau purut.
Kacau sekali lagi.
Setelah kacang panjang agak layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Thursday, March 16, 2017

Lala Rebus Pedas

 BAHAN-BAHAN :
1 kg lala (rendam dan bersihkan)
4 batang serai (ketuk)
4 ulas bawang putih (ketuk)
3 cm halia (hiris)
3 tangkai cili api (belah 2)
secubit serbuk kunyit
1/2 tsp serbuk secukup rasa
garam secukup rasa
400ml air

 CARA-CARA :
 Didihkan air bersama serai, halia, serbuk kunyit dan bawang putih sehingga mendidih.
Kemudian masukkan lala, cili api dan juga bahan perasa secukupnya.
Masak seminit @ sehingga isi lala mengecut.
Sendukkan ke dalam mangkuk dan sedia dihidangkan.

Wednesday, March 15, 2017

Roti Marmalade (Bread Maker)


BAHAN-BAHAN :
1 2/3 C air
3 Tbsp susu tepung
3 Tbsp minyak zaitun perahan pertama
3 Tbsp gula
1/2 tsp garam halus
1 tsp bread improver (jika ada)
1 tsp dough softener (jika ada)
4 1/4 C tepung roti
4 tsp yis segera Mauripan
4 Tbsp marmalade kumquats (ikut suka)

CARA-CARA :

 Masukkan bahan-bahan ke dalam mesin pembuat roti mengikut aturan yang telah ditetapkan.
Gunakan kaedah QUICK BREAD dan tekan MEDIUM CRUST.
Jika suka kerak yang gelap boleh tekan DARK CRUST.
Enak dicicah kopi O @ dinikmati bersama jem.
**BOLEH JUGA JIKA DIULI SECARA MANUAL DAN DIBAKAR DI DALAM OVEN SEPERTI BIASA MENGGUNAKAN LOYANG LOAF**