Anak-anakku

Loading...

Sunday, February 27, 2011

buncis goreng hati ayam


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 15 batang kacang buncis (dipotong serong)
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 4 biji cili api (dipotong serong)
  • 2 ketul hati ayam (dipotong kecil)
  • 2 ketul pedal ayam (dipotong kecil)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 sdk serbuk pati ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-
    1. Panaskan minyak di dalam kuali,masukkan pedal dan hati ayam.Masak sehingga garing.
    2. Masukkan bawang putih,bawang besar  dan halia tunggu hingga naik bau baru dimasukkan sedikit serbuk kunyit,kacang buncis dan cili api.
    3. Tambahkan bahan-bahan perasa dan kacau selama 1 minit.
    4. Bolehlah dihidangkan.  

ikan goreng kunyit

sup sayur campur


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 4 helai daun kobis cina (dihiris)
  • 1/2 batang karot (potong bulat)
  • 8 biji cendawan shitake segar (potong 4)
  • 2 batang jagung muda (potong serong)
  • 1/2 cawan isi ayam
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris)
  • 2 gelas air
  • 1 sdk serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-
    1. Panaskan minyak di dalam periuk.Tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi.Masukkan ayam dan karot yang dihiris.Masak sehingga karot lembut baru dimasukkan air.
    2. Setelah mendidih masukkan baki sayur-sayuran dan bahan perasa masak sehingga kobis layu.
    3. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.