Anak-anakku

Loading...

Monday, March 28, 2011

goreng daging gula gerek



Sumber : Masakan Tradisional Utara oleh Datuk Zakiah Hanum




  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gm daging
  • 3 camca besar minyak
  • 2 camca besar ketumbar
  • 1 camca besar air asam jawa
  • 15 biji lada hitam
  • 6 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 keping halia
  • 1/2 keping gula gerek (gula melaka)
  • garam secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1.  Potong daging setebal 1 cm. Tumbuk atau mesin ketumbar, lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia. Hancurkan gula gerek dengan sedikit air. Campurkan dengan ramuan yang telah dimesin. Masukkan air asam jawa.
    2. Gaul daging dengan ramuan. Perap selama 15 minit. Goreng hingga empuk.  

Kenangan abadi........

Almarhum bapa mertuaku (kanan) bersama almarhum Tuan guru Fadzil Noor (tengah) dan almarhum bapa saudara (kiri).Al-Fatihah buat semua...

my heroes latest pets

Baby Syabil bersama Patrick

Nabil bersama Marty

telur keju

Breakfast untuk anak-anak.Buatnya pun mudah scramblekan  4 biji telur ngan lada sulah lepas tu letak 3 keju slice...yumm...yummm


Sunday, March 27, 2011

sayur tauco banuhampu (masakan padang)

Sumber : Majalah Rasa


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gm kacang buncis (dihiris)
  • 2 ketul pedal ayam (dihiris)
  • 2 ketul hati ayam (dihiris)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 100 gm kepak ayam, tulang dan kaki ayam
  • 2 papan petai (diambil isi)*ibu xletak xde stok
  • 6 biji cili hijau (digiling)
  • 2 biji buah keras (digiling)
  • 1 cm halia (digiling)
  • 1/2 sdk ketumbar (digiling)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 500 ml santan
  • 1 biji tomato hijau *ibu xletak xde stok
  • garam secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bahan giling sehingga berbau wangi dan pecah minyak.
    2. Selepas itu masukkan serai, pedal, hati ayam, kepak, tulang dan kaki ayam.Kacau rata.
    3. Bila sudah agak masak, masukkan buncis, petai, daun limau purut dan daun salam.Kacau lagi.
    4. Kemudian masukkan santan, cili hijau ang dihiris dan tomato hijau.
    5. Perasakan dengan garam dan masak sehingga mendidih.
    6. Angkat dan sedia dihidang.  

Saturday, March 26, 2011

buncis goreng bersambal


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 130 gm kacang buncis (hiris serong)
  • 1 batang karot (hiris bunga)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 20 gm udang kering (rendam & toskan)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 4 bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 2 sdb cili boh
  • garam dan ajinomoto
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan kuali,tumis bahan tumbuk dan cili boh sehingga wangi.Masukkan udang kering dan karot.Masak lagi sehingga karot empuk baru dimasukkan buncis dan semua bahan lain.
    2. Kacau rata dan sedia dihidangkan.  

sotong goreng kunyit


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 ekor sotong besar (dipotong bulat)
  • 4 batang bendi (hiris serong)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar saiz kecil (hiris nipis)
  • 1/2 sdk serbuk kunyit
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan ajinomoto
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Panaskan kuali,masukkan sotong dan masak sebentar sehingga air sotong kering.Selepas itu masukkan minyak dan tambah bawang hiris.Masak sehingga wangi.
    2. Masukkan bahan perasa, sedikit air asam jawa dan serbuk kunyit.Akhir sekali masukkan bendi dan cili merah.
    3. Bolehlah dihidangkan.  

bubur caca




  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 

  • 1 sdb caca

  • 400 gm labu kuning (dipotong-potong)

  • 1 biji pisang (dipotong-potong) 

  • 3 helai daun pandan (disimpul)

  • 1 keping gula kerek + sedikit gula pasir

  • sedikit garam

  • santan secukupnya

  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan santan di dalam periuk,masukkan caca,labu dan juga pisang.masak di atas api sederhana dan kacau selalu.Tambahkan daun pandan, gula dan juga garam.Masak sehingga caca kembang dan labu serta pisang empuk.Matikan api.
    2. Bolehlah dihidangkan.  

  • kari ikan cencaru


    • BAHAN-BAHANNYA :-)
    • 350 gm kepingan ikan cencaru saiz besar
    • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
    • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
    • 2 cm halia (ditumbuk)
    • 1/2 sdk halba campur
    • 1/2 sdk serbuk jintan manis
    • 1/2 sdk serbuk jintan putih
    • 1/2 sdk serbuk lada hitam
    • 3 sdb rempah kari indra (jadikan pes)
    • 1 pelepah daun kari
    • 1 biji tomato (potong 4 )
    • 7 batang bendi
    • sedikit air asam jawa
    • 2 cawan santan
    • minyak untuk menumis
    • CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Biji sawi,halba,jintan manis,jintan putih dan daun kari ditumis sehingga naik bau.
      2. Masukkan rempah yang dicampurkan dengan bawang merah,bawang putih dan halia.
      3. Apabila naik bau dan pecah minyak,masukkan santan.
      4. Masukkan ikan dan biarkan sehingga kuah mendidih sebelum dimasukkan air asam jawa.
      5. Masukkan bendi dan tomato.
      6. Perlahankan api dan biarkan semua bahan-bahan masak sebelum diangkat.