Wednesday, February 9, 2011

sambal tempe paru

Kata-kata hikmah:
Kuat Makan Adalah Ciri-Ciri Orang Kafir;
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa terdapat seorang lelaki yang sangat kuat makan,tetapi setelah memeluk islam,dia hanya makan sedikit.Apabila perkara ini diajukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. baginda menjawab:"Orang yang beriman hanya makan dengan satu perut.Sedangkan,orang kafir makan dengan tujuh perut."
                                                                                                        (Riwayat Bukhari)


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 300 gm paru (direbus,dipotong nipis dan digoreng)
  • 1 keping tempe (digoreng)
  • 26 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1sdk belacan(dikisar)
  • garam dan gula secukup rasa
  • air asam jawa secukupnya
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
    2. Setelah sambal agak pekat,masukkan paru dan tempe yang telah digoreng garing.Rasakan masin manisnya.
    3. Bolehlah dihidangkan.                                                             

sup tulang

Kata-kata hikmah:
Baca Basmalah Sebelum Makan;
Diriwayatkan daripada  Abu Salamah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengajak seorang kanak-kanak
untuk makan lalu berkata kepadanya:
"Wahai budak,bacalah basmalah dan makanlah dengan tangan kananmu dan ambillah apa-apa
yang ada di sisi mu"
                                                                                                             (Riwayat Bukhari)
           
  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 1/2 kg tulang lembu (direbus bersama sudu besi sehingga empuk)
  • 2 biji ubi kentang (didadu)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  •  2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 cm halia (ditumbuk pecah-pecah)
  • 1 sdb lada hitam (ditumbuk)
  • 3 pkt sup bunjut
  • daun sup dan daun bawang (untuk tabur)
  • limau kasturi dan sedikit cili api
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bwg putih , bawang merah,halia dan rempah bunjut.Masak sehingga bawang garing.
    2. Masukkan bahan yang ditumis kedalam periuk berisi daging yang direbus.Masukkan ubi kentang,masak sehingga kentang empuk.Masukkan lada hitam ,garam dan gula secukup rasa.
    3. Bolehlah dihidangkan.